Jumaat, 9 Januari 2015

WAJIB fokus 7 Faktor SEO On Page

  Ismail Ahmad       Jumaat, 9 Januari 2015

Kalau nak bercakap mengenai belajar SEO blogspot rasanya aku belum cukup layak untuk berbicara seperti sususan kata-kata dalam Kitab SEO Pink. 

Namun setelah membuat penambah baikan pada theme friendly SEO Blogspot rasanya ada sesuatu yang aku rasa patut dikongsi. Memang agak memeningkan kepala bila memikirkan SEO On page dan beberapa percubaan aku terhadap SEO Contest Jom Aktifkan Mykad menemui jalan buntu. 

Aku tak tahu lah tepat atau tidak carian google incognito pada 9/1/14 kedudukan entri blog Jom Aktifkan Mykad | ismailahmad.com

carian kata kunci jom aktifkan mykad


Bukan itu yang aku nak kongsikan sebenarnya tapi daripada pembacaan dapat aku rumuskan ada 7 faktor Wajib untuk meng SEO on page blog tak kira sama ada wordpress atau blogspot.

Apa dia 7 Faktor Wajib SEO On page?


mari belajar Seo onpage

1. Kata kunci pada Tajuk blog

Korang tanya lah mana-mana blogger tahap otai pun pasti akan tekankan kepentingan kata kunci pada tajuk sesebuah blog pada SEO onpage. Daripada kata kunci akan berikan gambaran ringkas mengenai isi kandungan blog atau artikel. Cuba korang bayangkan ada tak binatang berkepala ayam serama badan kambing? Kalau ada pon mesti dah kecoh dalam facebook., betul tak?

Macam itu lah SEO onpage. Jangan korang buat tajuk lain.. cerita pula perkara yang takde kaitan langsung dengan tajuk. 

Bagi yang guna niche rojak dan menggunakan nama sebagai tajuk blog perlu meletakkan meta tag description dan juga meta tag keyword untuk memudahkan google meng index setiap artikel. 

Kalau tak silap aku, untuk wordpress boleh guna plugin All in One SEO Pack atau Yoast’s WordPress SEO

2. Densiti penggunaan kata kunci

Faktor berikutnya adalah density penggunaan kata kunci. Usah guna kata kunci secara berlebihan untuk elakkan (keyword stuffing) oleh google. Google memang membenci perkara sebegini. Kalau nak disayang, buat lah elok-elok.. kena lah pandai tackle hati dan mata google. Sebaiknya gunakan 1%-5% sahaja kata kunci untuk satu artikel.

Contoh kata kunci “Jom Aktifkan Mykad”. Memadai kata kunci itu terbit sebanyak 5 kali pada artikel berkandungan 500 patah perkataan.

aku share Teknik SEO Onpage yang dah lapuk TAPI masih evergreen. Gunakan keyword pada 2 tempat ini. Satu di perenggan pertama dan satu lagi di perenggan terakhir artikel yang korang rasa dah cukup power tu.

Korang tahu tak mengapa 2 tempat tu PENTING sangat? Anggap aje seperti karangan sekolah. Ada pengenalan dan penutup. 2 perkara ini cukup untuk menerangkan kata kunci (Keyword) kandungan yang korang hasilkan.

3. Format heading

Part ini aku rasa agak teknikal sikit. Korang kena mahir gunakan H tag (H2,H3,H4 dan seterusnya). Aku hanya guna sampai H3 aje.. itu lebih kepada penyususan struktur artikel. 

4. Alt Image Text

Mesin carian sukakan gambar yang mempunyai penjelasan melalui teks alternative. Buat teks alternative dengan baik. Usah abaikan benda alah ini. Bila upload image pergi ke properties dan isikan alt image. Langkah terbaik bila buat alt image isikan kata kunci yang dipilih.

5. Internal dan external linking

Jangan korang lupa lebihkan internal link. Buat link pada artikel yang mempunyai kaitan dengan ayat-ayat korang. 

Contoh

Kalau korang tak faham lagi cara google bekerja elok rujuk dahulu artikel kenali dan fahami konsep cara google kerja.

External link pula jangan berlebihan. Kalau korang pemain affiliate elakkan gunakan link “do follow” kerana berkemungkinan akan menyebabakan blog korang akan di BANNED!

Tujuan external link adalah untuk beritahu google bahawa korang cuba untuk merujuk kepada sumber yang dipercayai. Yelah, kalau dah ada pautan mudah untuk pelawat rujuk maklumat tambahan pada laman tersebut. Ramai yang tak praktis perkara ini katanya, ia hanya akan beri kelebihan pada pihak lain. Bagi aku orang macam ini.. kedekut namanya..

Hoho..

Aku rasa cukup lah 5 aje.. lagi 2 Faktor wajib SEO Onpage tu, pandai-pandai lah korang mencari.. 

Tiba-tiba sifat kedekut itu datang meresap dalam jiwa.. 

Hoho.. Ini Faktor yang aku cuba tekankan pada beberapa versi blog aku dan hasilnya memang mampu membuatkan komisen affiliate tak sabar-sabar nak masuk..

Kalau korang nak belajar teknik yang lebih MELETOP! Elok sangat pegi terjah laman Teknik SEO Pink @ Merah Jambu yang mampu meruntuhkan gunung-gunung emas.


logoblog

Thanks for reading WAJIB fokus 7 Faktor SEO On Page

Previous
« Prev Post

8 ulasan:

  1. terima kasih

    dapat ilmu baru dari sini pulak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama..aku cuma ada ilmu cap ayam aje..boleh lah buat penyedap dikala sunyi..hoho

      Padam
  2. Balasan
    1. No 3 tu agak teknikal sikit..boleh hijau biji mata kalau tak biasa dengan HTML code..no 4 tu nanti aku akan kupas..itu pun kalau rajin..

      Padam
  3. Boleh cerita lebih lanjut tentang meta tag? Setiap entry Ada meta tag sendiri ke? Nak buat kat mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tibe tibe aku rasa macam nak jadi cikgu plak..hihi..kalau rajin nanti aku akan kupas pasal meta tag..Kalau terlebih rajin aku akan buat tutorial free.. Tapi Kalau dah tahap malas, aku akan buat ebook aje..biar korang rasa peritnya nak korek ilmu blogging ni..

      Padam
  4. bagus ilmu SEO ini, ramai yang abaikan yang basic ini. hanya tumpu teknik advance sahaja. thanks bro :)

    BalasPadam
  5. Betul... kalau di wordpress memang biasanya guna plugin, macam saya, saya guna Yoast’s WordPress SEO. dia guide apa yang perlu kita buat untuk jadikan entri tu mesra seo. tu yang dari tak pernah tahu pasal seo, sekarang indicator seo kat plugin tu ijau(bagus) je sekarang. sbb dah tahu apa nak buat. hehehe

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita