Khamis, 8 Januari 2015

Tip melabur emas

  Ismail Ahmad       Khamis, 8 Januari 2015

Hurmm...

Mykad aku dah rosak cipnya,. Patutlah tak boleh nak mohon pinjaman bank. Banyak rancangan 2015 aku tergendala gara-gara Mykad tak berfungsi. Terpaksa aku ke JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) untuk buat baru.. Lagi pun gambar lama tak hensem.. elok sangatlah aku buat yang baru..

Tahun 2015 ini banyak cabarannya kepada pelabur-pelabur emas seperti aku. Perkara yang merunsingkan peabur adalah pelaksanaan GST (Good & Services Tax) yang dijangka akan dimulakan pada 1 April 2015. Kesan GST dijangka juga akan memberi impak kepada pasaran emas di Malaysia, tak kiralah barang kemas atau emas pelaburan. 

Besar kemungkinan emas tidak lagi menjadi precious metal yang menarik untuk dijadikan simpanan kerana peningkatan lain-lain kos yang melibatkan urusniaga emas. Jadi aku cuba untuk membayangkan kemungkinan penambahan kos 6% daripada harga emas yang dibeli. Bagi agen-agen emas seperti aku, kos tambahan 6% itu dilihat sangatlah tinggi.

Ditambah dengan susut nilai emas, kos simpanan, kos pengurusan dan logistic kemungkinan peningkatan dianggar akan meningkat sekitar 8%-15% dan itu tidak termasuk lagi dengan 6% tadi. Puratanya untuk harga emas di Malaysia akan naik 20% sedangkan untuk emas naik 20% setahun agak sukar dan jarang-jarang berlaku dalam situasi ekonomi dunia hari ini. 

Bila kerajaan umum emas pelaburan adalah antara barangan yang dikecualikan GST baru lah lega sedikit rasanya hati. Tapia pa yang aku faham tak semua emas pelaburan tak dikenakan GST. Itu korang kena tahu. Usah hanya dengar-dengar cakap agen emas. Sebenarnya hanya emas yang diiktiraf dan mempunyai standard LBMA (London Bullion Market Association), sahaja yang dikecualikan daripada GST. Boleh baca Tip bagaimana jana pendapatan dengan emas.

Tip melabur emas
Emas adalah logam berharga
Kepada yang baru nak berkecimpung dalam dunia pelaburan emas aku nasihatkan cari ilmu dan mentor yang boleh dipercayai sebelum korang di tipu. Usah mudah percaya dengan agen-agen emas atau syarikat yang menawarkan keuntungan berganda dalam masa yang singkat. Korang kena tahu dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini harga emas tidak banyak berubah dan agak menyusut sedikit. Cuba renung dan fikirkan sejenak. Bagaimana syarikat-syarikat emas ini mampu menawarkan pulangan berganda dalam tempoh masa yang singkat? 

Nasihat aku, sebelum melabur elok dapatkan dahulu tip melabur emas daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. 3 tip penting sebelum korang melabur emas.

Tip melabur emas


1. Kena ada ilmu emas

Ilmu ini korang boleh cari dari pembacaan atau dari rakan video, audio, seminar dll daripada pelabur-pelabur emas yang sudah terbukti berjaya menjana pendapatan melalui emas. Banyak sekali sumber-sumber rujukan mengenai pelaburan emas yang korang boleh perolehi. Sekarang bukan macam dahulu lagi. Kalau malas nak ke kedai buku popular, MPH korang boleh dapatkan e-book dan rakaman audio yang di hasilkan melalui pengalaman mereka yang berjaya.

Aku rekomen korang dapatkan 
panduan melabur emas azizi ali

2. Cari mentor yang ok

Mentor pelaburan emas kini semakin ramai dan mudah untuk didekati. Tanpa mentor aku bimbang korang akan terbabas dan terlanggar dinding. Usah langgar dinding baru nak cari mentor kerana perkara ini pernah berlaku kepada rakan g+ Azizi Ali.  Kalau tidak hangus duitnya hutang pula bertambah.

2 Sumber rujukan dan mentor yang bagus serta boleh dipercayai.
  • Syukor Hashim
  • Azizi Ali

3. Elak sertai skim pelaburan emas yang meragukan

Sebaiknya elakkan daripada terjebak dalam skim pelaburan emas yang meragukan seperti skim ar rahnu 70:30, 65:35. Usah nak cepat sangat untung sedangkan korang tak sedar yang perangkap sedang menanti. Kalau tidak nasib korang akan jadi macam ini lah.

kena tipu pelaburan emas
Sumber : Jutawanemas

Sebelum ditipu baik korang buat kajian dan pembacaan mengenai pelaburan emas dan risiko pelaburan emas. Sebabnya sebelum ini pun aku pernah rugi lebih RM10K gara-gara tak ada ilmu melabur emas.

Kalau korang nak tip yang lebih baik aku sarankan korang dapatkan rakaman Audio daripada Azizi Ali (Mentor kejayaan dan kekayaan) melalui Panduan Rahsia Emas

Rujuk disini -> Panduan Emas

logoblog

Thanks for reading Tip melabur emas

Previous
« Prev Post

6 ulasan:

  1. terima kasih atas nasihat di atas... menarik jugak pelaburan emas... saya di maklumkan emas walau gimanapun takkan menimbulkan masalah seperti wang kertas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau lihat sudut long term memang emas lebih baik dari wang kertas.. itu yang disaran oleh Rasullullah SAW sejak dahulu lagi..cuma aku agak kecewa hari ini dengan fahaman masyarkat kita yang masih kurang jelas dan kabur mengenai emas.. sampai ada yang labur beratus ribu ringgit sedangkan emas tiada dalam simpanan...bila rugi baru mula mencari kesalahan orang lain.. elok dalami dahulu ilmu sebelum membuat keputusan..

      Padam
  2. Memandangkan sekarang harga emas dalam pattern falling wedges (daily chart), range yang ada sekarang agak tight. Dan saya tak fikir harga emas akan turun lebih rendah dari paras low tahun 2014 (sekitar USD1145.xx). Pada fikiran dan analisis saya, harga emas akan terus dalam jajaran sempit sehingga berlaku breakout pada bahagian atas falling wedges pattern. Dan kemudian harganya akan terus naik kembali. InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kemungkinannya juga..Nk tunggu breakout itu agak menyeksakan jiwa juga..terutama yg membeli emas & perak pd awal 2012..

      Padam
  3. Saya pun tak berapa faham pelaburan emas ni . Cuma saya suka dalam
    Bentuk emas perhiasan fizikal. Pada pandangab saya lebih mudah untuk dijual jika diperlukan walaupun Ada yang kata susut nilai sebab Ada part upah emas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik juga kalau ada orang pempuan yang x suka barang kemas..memang akan ada susut nilai nya kalau di trade in atau dijual berbanding dgn gold bar n syiling emas.. Tp ada juga makcik makcik yang guna barang kemas untuk melabur..tp kena tahu pilih jenis barangnye..

      Padam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita