Apa bezanya sebuah blog yang menggunakan domain berbayar dengan yang percuma?
Dulu aku cuma fikir macam nampak eksklusif aje.. sebabnya blog itu tidak lagi berbunyi “blogspot.com” atau “wordpress.com”. Nampak macam 100% blog itu ana yang punya…
Haha.. hakikatnya ada juga yang menumpang hosting dari blogger.com contohnya macam blog aku ni ler..
Kikiki..
Daripada pengalaman aku, ada kebaikan dan sedikit keburukan yang akan kita dapat apabila bertukar domain khususnya untuk blogger yang sudah bertapak lama. Aku dulu pun tak pernah ambil kira untuk tukar nama daripada blogspot.com menjadi .com.
Korang tahu tak bila Koran switch sikit nama blog menjadi seperti ismailahmad.com, korang bakal kehilangan beberapa benda yang pada aku, penting juga lah. Umpama satu kelahiran baru yang tiada apa-apa. Apa yang korang kecapi selama ini bersama domain lama akan kehilangan selamanya…
Kebiasaannya, harga yang perlu dibayar untuk dapatkan domain .com atau .my puratanya sekitar RM35 hingga RM75 setahun bergantung juga jenis domain.. sama ada .com, .com.my, .net dll.
5 kesan yang perlu tahu sebelum bertukar memiliki Domain sendiri
Aku kongsikan sedikit ilmu apa yang aku faham bila kita bertukar domain. Entri ini aku ambilkira daripada blogspot ke .com
1. Perubahan Trafik
Kalau dah tukar domain biasanya trafik memang akan jatuh dan bouce rate memang akan jadi tinggi lah. Sebabnya robot carian yang crawl blog, tak jumpa alamat blog url blog yang baru. Kebiasaannya lah, domain baru akan ambil masa 24 jam untuk kembali pulih dan boleh akses.
2. Alexa rank merundum
Alexa Ranking blog memang merundum lah.. Sama juga dengan page rank. Puncanya kerana blog umpama baru dilahirkan.
3. Pelawat akan berkurangan
Pembaca blog akan berkurangan sedikit kerana ada yang menyangka blog korang dah tak wujud. Pelawat tak bleh nak akses blog kita sebab baru tukar domain. Walaupun kita buat redirect dari blog lama ke blog baru. Biasa lepas 24 jam ok lah tu. Tapi pengalaman aku guna kl network ok aje..
4. Masalah teknikal
Masalah teknikal error yang sukar nak dinyatakan. Ada juga aku dengar pasal ini. Kes ini kebiasaan melibatkan domain dan hosting berbayar.
5. Statistik hilang
Usah berangan lah nak sambung pakai statistik blog domain lama sebabnya statistik itu memang akan hilang terus. Macam kena reset semula. Jadi korang kena lah bina statistik baru. Agak sedih, SEO blog juga akan terganggu disebabkan perubahan link. Kiranya link lama akan menjadi broken link dan terhapus.
Walaupun ada sedikit keburukannya, pengalaman aku dalam tempoh sebulan dua semuanya menjadi baik dan bertambah baik selepas menggunakan domain baru.
Kalau nak guna domain berbayar aku syorkan gunakan kl network. Dari segi harga, tidak lah terlalu mahal dan jarang meragam. Pada pandangan aku ia antara servis yang terbaik dan menjadi pilihan tetap aku walaupun ada syarikat lain yang menawarkan harga yang lebih rendah.
Kalau korang nak gunakan servis KL Network apa kata korang daftar dahulu. Selain domain dan hosting ada beberapa servis lain yang ditawarkan yang mungkin memberi manfaat pada blog korang.
Mungkin yang negatif itu sementara sahaja kot? Sebab memang lebik baik pakai TLD domain mcm .com.
BalasPadambetul tu kalau nak tukar baik tukar awal2 . sama la pakai hosting blogger je . hehee
BalasPadamlebih suka dot com.
BalasPadamso..tukar awal-awal. takde masalah sangat lepas tu.
Sblm nie saya pakai dot com. skrg tukar angin pakai blogspot. Nak tukar balik kpd dot com utk blog yg sedia ada rasa mcm tak partial...
BalasPadamPengalaman yang bagus. Jadi rujukan saya akand atang. Tima kasih ya :-)
BalasPadamtq bang...kihkihkih...
BalasPadammungkin akan bertukar ke domain sendiri nanti. tq
BalasPadamInfo yg berguna kpd blogger baru :)
BalasPadamsebab tu tak tukar dah domain atau nama url yg lain dh skg ni..
BalasPadamsaya pun guna domain...memang pv jatuh tapi kini maintain 5k ke atas.
BalasPadamTerus seram nak tukar. Huhu
BalasPadamTerus seram nak tukar. Huhu
BalasPadamTerima kasih atas info....
BalasPadam