Isnin, 16 Februari 2015

Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah?

  Ismail Ahmad       Isnin, 16 Februari 2015

Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan Jenayah.


Itu kata menteri pembangunan wanita dan keluarga Datuk Seri Rohani Abdul Karim sekiranya Rang Undang-undang baru dilaksanakan. 

rotan anak kesalahan jenayah

Kenyataan tu kompem beri banyak maklum balas dan komen dari segenap pelusuk masyarakat kat Malaysia. 

Kebanyakannya sependapat dengan aku kot.. memang tak setuju dengan kenyataan tu.. Kalau korang memang kaki facebook..belambak kan komen-komen bergambar yang diluahkan oleh rakyat Malaysia berkenaan isu rotan anak sebagai satu kesalahan jenayah ni..

Aku tahu orang Malaysia memang kreatif… 

Orang tua kita pun selalu cakap kalau sayang isteri.. tinggal tinggalkan.. sayang anak pula.. tangan tangankan..

kenapa perlu merotan

Aku pun ada pandangan sendiri pasal isu nih.. Memang tak dinafikan ada orang salah guna rotan untuk dera anak macam haiwan.. Segala bentuk penderaan fizikial yang kadang kala tak masuk akal kita pun ada.. Tapi jangan lah salahkan rotan tu plak.. 

Eh.. kalau kena dera.. macam-macam cara ada.. tak semestinya guna rotan.. kalau ada pun kes-kes terpencil..

Kebanyakan kita memang sebati dengan rotan..Aku pun hidup dengan rotan.. Kalau nak kira dari kecil.. ermmmm tak terhitung lagi berapa kali sebatan pernah hinggap kat tapak kaki, peha.. bontot.. pinggang.. uihhh… 

banyak kot.. 

Sepanjang aku dirotan tak pernah sekali pun terdetik kat hati aku nak salahkan mak bapak atau cikgu.. pasalnya mentaliti “aku yang bersalah”

Hahaha…

Nasib lah kan.. sapa suruh nakal sangat.. 

Bagi aku, penggunaan rotan untuk mendidik tu memang penting.. kalau tak mahu generasi akan datang besar kepala.. 

Cumanya, penggunaan itu perlu lah disesuaikan dengan tujuan asalnya untuk mendidik..tanpa melibatkan emosi..dan nafsu amarah…

Budak-budak biasalah cepat sangat mudah terpengaruh dengan persekitaran, kawan-kawan dan orang yang paling hampir dengannya..

Kita sebagai mak bapak kena pandai kawal dengan suasana pembesaran anak-anak. Usah cepat melatah kalau budak tu buat silap.. 

Dah nama pun budak-budak..



Rotan itu kiranya pilihan terakhirlah kalau nak guna.. 

Kalau digunakan dengan baik, akan banyak mendatangkan manfaat kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak…

logoblog

Thanks for reading Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah?

Previous
« Prev Post

3 ulasan:

  1. saya sama sekali tak setuju dengan saranan tersebut walau apa sekalipun alasannya...

    BalasPadam
  2. rasanya tak salah ibu bapa nk merotan anak2 demi nk membentuk mereka. sy dulu kena rotan.. mcm2 la skrg ni

    BalasPadam
  3. kalau ada anak nanti..aku rotan jugak.

    takde tapi-tapinya lagi.

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita