Mungkin ramai antara kita masih tak tahu mengenai kehebatan Daun Sanna. Serius aku tak suka nak provoke dengan testimoni-testimoni yang berlambak-lambak dalam internet mengenai produk cara mengatasi sembelit. Sebelum ini kalau sembelit pun, aku cuma sapu minyak panas pada perut dan menunggu dengan penuh harapan di hadapan pintu tandas agar dapat segera “MELEPASKAN HAJAT” yang tak tertunai berhari-hari.. Seksa kot…
Ubat segala jenis ubat aku dah cuba tapi tak sama dengan daun Sanna ni.. Subhanallah.. Maha suci Allah SWT yang memberi kandungan khasiat pada daun ni.
Sejujurnya aku tak berapa berminat nak menjual produk ini.. Nanti tak pasal-pasal KKM datang serbu rumah aku plak.. huhu..
Tapi nasihat aku kalau korang ada masalah sembelit, Daun Sanna adalah antara alternatif yang aku cadangkan untuk mengatasi masalah sembelit yang menghantui korang selama ini. Boleh dikatakan. 99.9% kandungannya adalah daun tanpa ada sebarang campuran bahan pengawet...
Mengikut sejarah daripada hasil pembacaan aku, Daun sanna ini buat pertama kalinya Allah SWT turunkan kepada Nabi Sulaiman a.s ketika beliau sedang sujud dan pada ketika itu pohon sanna ini berbicara kepada beliau akan khasiat yang ada didalamnya.
Selama ribuan tahun lampau, daun sanna yang telah dikeringkan akan dijadikan teh sanna yang kita kenal hari ini sebagai minuman kesihatan. Selain dapat membantu melancarkan perjalanan usus, ia juga boleh membantu untuk mengurangkan berat badan dan merampingkan perut yang memboroi.. Syaratnya perlu diambil dalam kadar yang konsisten setiap hari.
Apa Kandungan dalam Teh Daun sanna?
Pecahan ikut bahasa kimia adalah seperti berikut :
3 % Glikosida dianthron (sennoside A, B, C, D, E, F, G).
Sejumlah kecil antrakinon termasuk aloe-emodin dan rhein 8-glukosida
10% mucilago; tannin, flavonoid, naftalen.
Korang jangan tanya lah aku ape kebenda namanya tu..boleh buat carian melalui pakcik google.. itupun kalau nak tahu lebih lanjut mengenai bahan-bahan tadi..
Selain dari mengubati sembelit daun sanna ini juga dapat membantu untuk
- Melangsingkan badan
- Mengempiskan perut yang memboroi
- Mencegah daripada penyakit kencing manis dan lemah jantung
- Membersihkan usus kecil dan besar
- Melancarkan perjalanan haid wanita
- Hapuskan toksin dan lemak jahat dalam badan
Cara yang selalu aku amalkan adalah dengan merenehkan 1 shaset teh daun sanna dengan air mendidih.. sekitar 5 minit.. agak-agak apabila warna air menjadi jingga elok sangatlah disejukkan seketika untuk diminum.
Paling baik amalkan meminum 2 kali sehari ketika perut kosong. Waktu pagi dan sebelum tidur. Kalau boleh ELAKKAN minum teh sanna ketika perut kekenyangan..Tapi kalau korang nak juga minum.. terpulang pada korang.
Cara Sanna bekerja
Teh ni akan bersihkan usus korang dalam tempoh antara 8 hingga 12 jam. Kalau perut takde masalah selepas 8 jam memang terasa nak lepaskan HAJAT..
Tapi rekod aku sekitar 5 jam dah mula terasa memulas-mulas.. hahaha
Kotoran yang keluar pun agak berbeza itu tahap kesihatan usus korang… Nasihat aku jangan tengok najis sebab akan kurangkan daya ingatan..
Yang aku suka teh sanna ini berbeza daripada teh hijau atau teh-teh pelansing yang lain.. Kalau korang biasa minum teh hijau.. perut korang mesti tak selesa selepas melepaskan hajat dan pernah aku sendiri terasa sakit-sakit bahagian punggung ketika nak duduk..
pedihnya tak payah cakap ler.. hanya Allah yang tahu..
Daun sanna ini bila selesai LEPASKAN HAJAT rasa sakit tu kurang dan sampai satu tahap memang tak sakit langsung.. Cuma sebelum tu macam biasa ler.. kikiki..
Biasa kadar melepaskan HAJAT sekitar 1-2 kali sahaja.. kalau 3 kali tu jarang-jarang melainkan usus perut korang memang bermasalah sangat..
Kalau sibuk sangat kerja siang hari boleh minum pada waktu pagi.. Kalau kerja lewat malam tu disarankan minum sebelum tidur..
Kalau berat badan korang memang over weight.. elok minum air suam banyak. Tujuannya untuk bantu melancarkan proses pencernaan dan menyaktoksin dan lemak dalam tubuh badan..
Diakui sanna merupakan salah satu alternatif untuk kuruskan badan
Aku tak berani nak cerita lebih kalau benda tak bagus.. Setakat ini feedback dari mak mertua, kawan-kawan aku semuanya Alhamdulillah berpuas hati dengan teh sanna ni..
Kalau korang nak cuba atasi masalah sembelit atau nak tahu lebih lanjut pasal khasiat daun sanna ini boleh rujuk dengan yaya, Dia ada banyak stock..
Whatsapp pun boleh.. Harga sekotak kalau tak salah aku RM30 dia boleh beri.
Kalau ambil banyak boleh dapat murah lagi kot.. korang tanya lah Yaya sendiri kalau nak tahu..
Talian 012-7049192
Talian 012-7049192
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita