Aku rasa nak muntah dah menulis pasal komisen Ashadee ni.. Sebabkan ramai sangat yang tulis komisen Ashadee aku rasa tak perlu nak tulis berulang kali perkara yang sama.. Kalau ada rezeki tu.. insyaAllah akan dapat.. Sehingga kini..alhamdulillah komisen masih berjalan setiap bulan..
Formula Affiliate "kerja penat sekali sahaja..untung berkali-kali".. itu memang aku akui.. tapi disebabkan tahap kemalasan aku ini susah nak cakap, maka income dan komisen yang aku terima ciput-ciput aje.. Sampai satu tahap aku rasa malas nak menulis pada blog lagi..
Duit bukan masalah utama aku.. sebab kalau takde duit pun kita tetap kena teruskan hidup.. bos aku selalu pesan
“Duit tidak memberi sebarang kebahagiaan dalam diri”.. statement itu aku setuju
Awal dulu aku menulis memang untuk dapat duit dari blog.. Gila lah aku kalau cakap tak suka duit.. tapi lama kelamaan aku menulis blog.. baru aku sedar duit itu bukanlah satu keutamaan pada blog ini.. Kalau korang menulis dari jiwa insyaAllah korang akan faham sendiri apa yang aku maksudkan..
Sekarang ini kalau tak terima komisen pun aku masih rasa nak menulis.. TAPI kalau ada rezeki komisen ashadee atau klikjer.. senyum tu lain macam sikit lah… ada rasa sikit kepuasan dan berbaloi dalam kerja-kerja yang aku buat.. tak banyak mana pun komisen aku terima..
Kalau nak jadi Full time blogger macam Bro HH tu memang tak lah.. Bukan aku nak nafikan kerja sendiri. tapi sudah menjadi sebahagian daripada jiwa aku untuk menulis secara sambilan..
Rezeki itu kan milik Allah SWT..
Affiliate ini memang menarik dan salah satu cara mudah untuk buat duit atau bahasa mudahnya jana pendapatan dari rumah hanya melalui internet.
Rujukan yang ada kualiti dan sesuai untuk newbie yang baru nak menapak dalam dunia affiliate aku sarankan 2 panduan ini.
Bagi yang tak pernah faham atau nak belajar Bagaimana cara nak dapat sales dan komisen affiliate, rasanya elok jadikan 2 panduan ini sebagai benchmark untuk belajar. Banyak lagi panduan yang korang boleh dapat percuma.. aku tak kisah kalau nak dapat ilmu percuma tapi pengalaman aku panduan berbayar lebih mendalam penceritaannya dan mudah untuk belajar.
Sebenarnya baik program affiliate Clickbank, ashadee, klikjer semuanya hampir sama sahaja. Fokus korang untuk dapat sales dan komisen. 2 orang penulis panduan yang aku sebutkan tadi tu boleh dianggap otai dan banyak pengalaman dalam dunia buat duit dan internet ni.. Masing-masing ada kekuatan sendiri cara dan gaya pemasaran tersendiri..
Tips yang aku nak kongsi kalau nak promote satu-satu produk ashadee, korang boleh lihat EPC tiap produk yang ada. Kalau boleh pilih produk yang ada nilai EPC tinggi. Kebiasaannya penulis produk-produk ini memang ada kualiti dan senang untuk dijual.
Mula-mula memang kekok.. tapi lama kelamaan tu ok lah.. pejam mata pun boleh buat..
Kalau rajin boleh lah dapat komisen selalu..kalau malas macam aku cukup-cukup makan aje lah..
eloklah korang baca dulu pengalaman 2 orang mamat otai yang tak kurang bisanya..
Note : Terasa tercabar bila Titan boleh maintain 300 blog setahun..
Perghhh.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita