Isnin, 29 Jun 2015

Bagaimana Berniaga Online dengan Instagram

  Ismail Ahmad       Isnin, 29 Jun 2015
Assalamualaikum wbt.

Teknik Instagram – Ramai yang tahu aplikasi ini semakin mencuri perhatian dan mendapat tempat di kalangan pengguna internet dunia. Artis retis kita juga tak nak ketinggalan memiliki akaun instagram sendiri untuk tatapan peminat dan follower mereka. Fungsi utamanya adalah berkongsi gambar dengan kenalan lain. 

kreatif idea di Instagram

Zaman teknologi ini, jangan terkejut kalau nenek berusia 60 tahun pun ada akaun facebook, Intagram dll. Sebabnya semata-mata nak jual kuih seri muka.. haha

Korang jangan pandang enteng.. Kalau tahu caranya betapa mudahnya sebenarnya untuk berniaga atau buat duit secara online dengan Instagram ini. 

Kalau macam Che Ta yang dah memang glamour.. Pastilah ramai gila peminatnya..Dah tak menghairankan kalau retis-retis kita boleh cari makan dengan intagram ni.. Cara Pemasaran Instagram sebegini pun boleh dapat duit...

Konsepnya cukup mudah.. Post kan gambar yang catchy dan sweet sweet, tulis beberapa ayat memukau pelanggan, tambah dengan hashtags dan klik post.. Kalau perlu boleh tags kengkawan.. jangan korang tags sembarangan sudah.. sebabnya kulit sama putih.. tapi hati orang mana lah kita tahu..

Nampak macam mudah kan. Tapi betul ke semudah itu nak buat pemasaran di Instagram? Adakah dengan teknik sebegitu memudakan korang untuk buat duit bagi jualan pertama. 

Jadi aku kongsikan tips simple....

Bagaimana Nak Buat Duit atau Berniaga Dengan Instagram?

Aku memahami ramai kaki peniaga online ada persoalan sebegini dalam benak fikiran.. Bagaimana cara yang cepat dan mudah untuk buat duit melalui instagram. Kalau pemahaman aku, teknik dan konsepnya hampir sama dengan cara buat duit di Facebook. 

Buat Promosi Bisnes, Terutama Produk dan servis

Kalau korang ada bisnes dan produk yang baik untuk dipasarkan, salah satu caranya adalah dengan menggunakan Instagram sebagai medium pengiklanan percuma. Mudah cerita korang kena kerap buat promosi sebelum menjual. Promosikan diri korang dahulu.. Sebelum korang pergi lebih mendalam.. 

Orang-orang tua kata tak kenal maka tak cinta….

Bila korang sudah dikenali di Instagram.. aku yakin jual underware pun boleh laku beb…

Duta Produk

Paling mudah dan menjimatkan adalah dengan lantik diri sendiri sebagai duta produk..  Aku tahu kalau muka pecah rumah agak sukar nak menjual produk kosmetik.. betul tak? Dan bukan calang-calang orang dapat melakukan kerja ini…Korang boleh aturkan dengan kenalan facebook atau instagram yang dirasakan sesuai untuk menjadi duta produk yang korang jual tu.

Teknik Pemasaran Instagram Berkesan


Kini sejak GST dilaksanakan, ramai orang kita mula ceburkan diri dalam perniagaan online. Kalau sebelum ini, ramai kaki peniaga online suka membuat promosi di Facebook atau mudah.my. Tapi tak ramai yang mengintai potensi besar dalam pasaran Instagram.

Mungkin ramai yang berfikir gambar tidak begitu memainkan peranan penting untuk pemasaran.. 

Andai sebelum ini produk korang kurang mendapat sambutan disebabkan gambar yang telah di post.. Cuba pula fikirkan cara yang lebih kreatif untu paparkan idea bisnes korang. Aku beri contoh,  Mungkin gambar pelanggan yang sedang guna produk korang atau gambar produk korang di lokasi yang terbaik atau mungkin korang boleh kembangkan dengan kata-kata kreatif atau motivasi yang sesuai dengan produk yang sedang korang pasarkan. 

Kalau nak belajar cara pemasaran Instagram berkesan aku cadangkan korang belajar di JomInsta. Ada tutorial Video yang lebih mudah korang nak faham dan pandangan aku, memang sesuai kepada mereka yang buta IT atau yang masih baru dengan instagram.. Kalau sudah berusia itu maklum-maklum sendiri sahaja lah.. kan

Kalau nak dapatkan panduan pemasaran Instagram boleh rujuk pada pautan di bawah



Note : Aku suka lihat rakyat Malaysia yang semakin celik IT dan gunakannya dengan manfaat.

logoblog

Thanks for reading Bagaimana Berniaga Online dengan Instagram

Previous
« Prev Post

1 ulasan:

  1. sekarang media sosaial sangat memanjakan kita bila inginn berbisnis online ...

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita