Copy writing? Seriously… aku sendiri pun tak mahir dan tak faham apa yang dikatakan teknik copy writing. Sebenarnya sedar tak sedar aku menulis lebih banyak dipengaruhi gaya teknik copy writing.
Bahasa mudah copywriting adalah ayat-ayat maut yang membuatkan pelanggan TERPAKSA melakukan pembelian “on the spot” tanpa perlu fikir panjang. Sebenarnya aku tulis pun ikut sesedap rasa sahaja. Cuma apa yang aku tulis adalah dari hati aku sendiri… Korang suka atau tak itu lu punya pasal..
Kalau ayat jualan hebat biasanya akan pengaruhi pelanggan supaya tak fikir lama untuk buat belian pertama. Power macam mana produk korang sekali pun.. kalau marketing out.. say goodbye aje lah..
Cuba korang perhati betul-betul produk D’herbs tu.. Power sangat ke? Dalam pasaran berlambak-lambak produk seanggakatan dengannya.. yang sama kualiti dan mungkin ada yang lebih baik… Tapi korang perhati tak promosi yang dia buat.. Mungkin pada korang meluat dan ada yang menyampah.. tapi untuk orang lain pula pandangannnya..
Pada aku, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman memang pandai cari pasaran yang pada aku tepat ke sasaran.. itu contoh paling mudah aku beri.. banyak lagi contoh-contoh lain yang kita sendiri boleh lihat pada persekitaran..Cuma kena celikkan mata memerhati pesaing-pesaing kita..
Untuk sekian lama aku menyepi kat sini.. ada baik juga aku kongsikan 3 teknik copy writing yang agak mudah..
1 teknik copy writing mudah
Fokus pada golongan sasaran
Apabila ada satu-satu produk, cuba kecilkan sasaran pelanggan. Contohnya adalah pada mereka yang nak berniaga di facebook tetapi tiada kos yang banyak untuk membuat promosi di facebook. Mungkin ada masalah kekangan masa, rakan tak ramai dll. Cuba bantu mereka atasi masalah untuk pelbagaikan teknik pemasaran facebook.
2 Teknik copy writing mudah.
Bagaimana perkataan yang mungkin remeh mampu tingkatkan conversion sebanyak 20%.
Ada kajian yang dibuat mendapati pertukaran perkataan yang mungkin pada kita nampak remeh, sebenarnya mampu memberikan impak bombastic.
Contoh adalah pertukaran perkataan “small (kecil)” dalam ayat promosi berikut:
“a $3 fee” kepada “a small $3 fee”.
Hanya dengan meletakkan perkataan ‘small’, conversion rate meningkat sebanyak 20%.
Cuba korang Lihat kembali ayat promosi hari ini, dan kalau boleh letakkan perkataan yang lebih spesifik.
3 Teknik copy writing mudah.
Buat pelanggan cemas, kemudian Paksa pelanggan…
Mungkin kita sudah biasa dengar nasihat marketers supaya memberi tawaran yang boleh buat pelanggan cemas jika tidak beli sekarang… Pemain MLM yang pandai main dalam situasi begini.
Terma yang digunakan adalah “urgency.”
Sememangnya tawaran seperti ini sudah dibuktikan amat berkesan. Dalam masa sama juga, jika kita tidak berhati-hati, ia juga boleh merugikan bisnes kita sekelip mata.
Sebahagian Kajian mendapati:
- Jika kita sudah seram atau cemaskan pelanggan, cepat-cepat beritahu mereka langkah seterusnya kerana pada ketika itu sememangnya tahap kebergantungan mereka pada diri kita adalah 200%.
- Contohnya, selepas pelanggan membaca tawaran, kita minta mereka untuk hubungi nombor yang tertera sekarang juga sebelum terlambat atau jualan ditutup.
- Pastikan arahan Jelas dan jangan terlalu banyak arahan sehingga mengelirukan pelanggan
Mungkin pemahaman korang mengenai teknik copy writing ini masih samar-samar dan kelabu asap… Korang jangan risau.. aku pun sama aje macam korang dulu…
Kalau tak belajar manakan boleh faham dengan baik. Betul tak? Selepas setahun ini lah hasil aku belajar dan buat macam-macam teknik termasuk copywriting,,,
Kalau korang nak mahir mengenai teknik copy writing.. kena selalu membaca blog-blog yang menulis mengenai copy writing… atau beli panduan yang sememangnya berkualti dan mampu untuk beri impak positif…
Aku syorkan korang cuba pelajari Rahsia mudah menulis.
Teknik ini aku tak cakap sekali buat terus dapat hasil.. tapi dengan pemahaman yang baik dan pelaksaan yang konsisten insyaAllah korang akan dapat hasil dari apa yang korang usahakan
Teknik Pukau Pelanggan
Actually skrip ini memang berkesan jika di hayati dan difahami dengan baik
Siapa yang sesuai untuk beli skrip ajaib ni?
1. Jual Produk Digital (Ebook, Audio,Video,Webinar dll)
2. Affiliate (Agen Produk Digital)
3. Jual Produk Fizikal (Perfume, Produk Kesihatan,Quran Digital dll)
4. Perniagaan Dropship (Agen Produk Fizikal)
5. Servis dan Perkhidmatan (Buat website, Design dll)
Aku pun tak mahu cakap banyak pasal srkip ni.. korang boleh baca dan nilai sendiri. Pada aku memang bagus untuk jadikan rujukan. Modal sekali untung berkali-kali.. Apa yang aku perolehi daripada Ashadee hari ini pun atas usaha apa yang aku pelajari dan yang penting Jangan Lupa Berdoa pada ALLAH..
Ok..
Boleh rujuk
-> Teknik susun ayat-ayat pukau pelanggan
Kenapa aku kata cara malas buat duit... hahaha .. itu lu pikir sendiri lah
kalau kena tekniknya pasti membuahkan hasil lumayan..tahniah masyuk income ashadee..
BalasPadamSama2..cik tom lagi banyak sumber..
Padamheading pon dah memukau...isi memang menjemput saya membaca tulisan. Tu lah, saya pernah menghadiri beebrapa kursus kecil copy writing. Ilmu simple tapi berkesan. Dalam test market pun boleh nampak peningkatan like dan order.
BalasPadamNak hasilkan copywriting yang baik, perlukan pengamalan yang berterusan dan juga pengalaman... :D
BalasPadamMeletakkan perkataan "cara malas" pun adalah satu strategi copywriting yang berkesan juga ni
huhu..Tn mmg handal berfikir... :D
Padamsaya suka tehnik yang mebuat pelanggan cemas jika tak pesan dari sekarang ....... mantap tu tipsnya tuan
BalasPadamTerima kasih tuan atas perkongsiannya.
BalasPadamSaya ambil ilmu yg haq sahaja.lain tiada.
Sama sama tn.. Mendalam sungguh maknanya...
Padam