Rabu, 12 Oktober 2016

Teknik email marketing sebenar

  Ismail Ahmad       Rabu, 12 Oktober 2016
Alhamdulillah akhirnya siap juga beberapa projek kecil yang aku jalankan dan harapnya ia akan memberikan sedikit pulangan atas usaha yang dibuat.

Rasanya dah cukup lama aku tak menyentuh topik berkaitan pemasaran internet atau internet marketing ini. Sejak semalam aku tak putus putus membuat belian beberapa produk digital yang pada aku memang berkualiti. Sememangnya diakui ilmu ilmu berbayar ini lebih banyak pengisian dan lebih terperinci daripada ilmu percuma. Tetapi ada juga badigol badigol yang cuba merosakkan industri ini dengan mencipta e-book sampah yang memang tiada kualiti semata mata hanya pentingkan keuntungan. 

Sepanjang pengamatan aku dalam dunia perniagaan internet teknik dan kuasa pemasaran amat penting untuk menghasilkan ledakan jualan. Kita perlu bijak dan kreatif dalam melakukan pemasaran. 

Salah satu caranya adalah melalui teknik pemasaran email. Ya, ini adalah pendekatan yang paling popular kepada mana-mana IM di seluruh dunia kerana mampu menghasilkan jualan yang tinggi dan repeat order.

teknik pemasaran email terbaik

Bagaimana Pemasaran Email Menjamin Keuntungan yang Lebih Baik


Teknik ini sememangnya menjadi pilihan otai affiliater dan banyak digunakan oleh kebanyakan IM.
Asas sistem jualan perlulah ada hubungan baik antara penjual dengan pembeli. Sekiranya anda mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan subscriber tidak mustahil anda mampu untuk membuat jualan kedua dengan list email yang sama.

Sememangnya jualan akan lebih banyak terhasil sekiranya kita boleh berinteraksi terus dengan prospek.

Persoalannya, bagaimana langkah dan kaedah yang perlu diambil untuk mendapatkan prospek? Dengan kos untuk email autoresponder yang agak tnggi merupakan halangan utama kebanyakan usahawan untuk menjalankan promosi melalui email,

Targetter email list merupakan senarai email yang responsive. Dalam pada itu kita masih boleh membuat saringan dimana menapis email-email yang tidak diperlukan dan tidak boleh membuat jualan.

Mailing list adalah pembeli sebenar


Bina landing page yang mantop
Jika boleh Landing page perlu nampak professional untuk meningkatkan lagi tahap keyakinan pembeli kepada produk yang ingin kita jual disamping menerapkan ayat memukau untuk menarik minat pembeli. Dengan skrip dan susunan ayat yang menarik akan mampu untuk hasilkan jualan pertama.

Selain daripada Landing Page, Blog adalah salah satu kaedah yang terbaik dan mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ditambah dengan komen komen membina dan testimoni pengguna sebelumnya akan meningkatkan keyakinan pembeli untuk membuat belian.

Memberikan produk digital secara percuma

Teknik ini adalah antara teknik yang banyak digunakan oleh IM di Malaysia. Diakui teknik ini adalah antara satu cara yang mudah untuk mengumpul email list yang berkualiti. Penentuan produk yang mahu diberikan juga haruslah diperincikan dalam artikel kerana niat kita adalah untuk mendapatkan maklumat email pembeli.  

Selari dengan autoresponder yang berbayar, Usah takut untuk mengeluarkan modal kerana insha Allah pulangannya nanti pasti lebih berbaloi daripada apa yang dijangkan.

Lakukan Follow up email yang sistematik

Memandangkan sistem autoresponder ini menggunakan sistem balas email secara automatik, jadi ada baiknya anda menetapkan teknik dan tarikh/masa yang sesuai bagi follow up email kepada prospek.

Anda perlu kuasai 3 teknik asas untuk memukau pelanggan :
  1. Pertamanya ialah pendahuluan, terima kasih dan pengenalan.
  2. Kedua, pengisian produk, kandungan. soft-selling dan lebih kepada mesra pembeli.
  3. Ketiga, menumpukan kepada urgency ataupun teknik yang agak memaksa sedikit supaya mereka lebih cepat bertindak, closing date dan sebagainya.

Buat Checklist Jika pemasaran Kurang Berkesan


Beberapa perkara perlu dinilai semula :

  • Ayat-ayat jualan yang digunakan mungkin tak sesuai dengan jenis produk yang hendak dijual. Ayat yang korang guna haruslah berbeza bahasanya bagi setiap kategori produk, begitu juga target prospek tak kiralah sama ada lelaki atau perempuan, pelajar atau sudah bekerja, masih bujang atau sudah berumahtangga.
  • Landing page kurang menarik untuk menarik pembeli. Kekuatan sesebuah landing page adalah kandungan dan presentation yang anda lakukan. Di sinilah bermulanya hubungan antara anda dan pembeli. 

Terlalu banyak teknik-teknik yang terbaru mengenai pemasan email ini dan apa yang aku terangkan adalah hanya sekelumit kecil teknik asas email marketing sebenar.

Memandangkan aku sendiri sibuk dengan tugasan lain, perkongsian ini sebagai ganti kepada mereka yang minta aku buat kelas, study case dan internet marketing. Insha Allah jika ada kelapangan aku dalam perancangan bersama rakan JV untuk membuat kelas insentif asas pemasaran internet dengan kos yang minima.

Jika korang rasakan artikel ini bermanfaat silalah viralkan moga boleh memberi manfaat kepada orang lain.

logoblog

Thanks for reading Teknik email marketing sebenar

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita