Dah lama sangat aku tak menulis di sini. Nak batal langgan domain sayang pula..tambahan tajuk-tajuk blog ini masih relevan hingga ke hari ini. kali ini aku cuma nak kupas berkaitan bisnes produk fizikal.. bagaimana nak beli atau borong barang dari China tanpa perlu terbang ke sana.
Untuk maksimakan UNTUNG kena cari pembekal yang boleh tawarkan harga paling rendah dan murah. betul kan. Murah murah pun.. kualiti barang kena jaga.. Power macam mana marketing pun kalau produk hancus takde keberkatan dalam perniagaan..
Berbalik pada kos murah tadi.. bila dapat supplier yang awesome.. barulah korang boleh up kan harga lebih sikit.. dapatlah margin untung lebih besar..
Kalau di Malaysia ni tempat yang top macam Pasaranya Kenanga, GM Klang, Jalan masjid India, Jalan TAR dll..
jangan terkejut pula kerana ada sebahagian produk yang dijual datangnya daripada negara China yang mana korang boleh dapat pada harga yang lebih murah.
Perkara ini bukan lagi rahsia.. ramai usahawan Malaysia hari ini sudah beralih dengan beli sendiri direct daripada China..
Kalau dahulu.. korang kena pergi ke China.. Sewa hotel..Tiket flight dll kos.. barulah korang dapat beli apa yang korang inginkan.. tapi kalau modal pun ciput-ciput boleh ke borong dari China??
Jawapannya BOLEH.
kerana banyak laman web hari ini menawarkan pembelian terus daripada China engan kuantiti yang kecil. Cuma kena mahir sedikit IT..
Nak tahu lebih detail?
Rujuk panduan >> Rahsia Taobao
Aku akan cerita lebih lanjut berkenaan Taobao ini kelak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita