Bismillahirrahmanirrahim…
Nak Menaip Blog atau Tidak? |
Hilang Arah
Sedar tidak sedar masa terus berlalu pergi dan teknologi hari ini begitu cepat berkembang pesat. Ini adalah posting pertama aku untuk tahun 2023 setelah 5 tahun blog ini dibiarkan berhabuk. Entahlah mengapa aku kurang berminat untuk menulis. Mungkin disebabkan tanggungjawab yang semakin besar dan ruang masa yang terhad membuatkan aku melupakan terus dunia blog.
Persoalan Dalam Benak Fikiran Tentang Dunia Blog?
Dalam dunia digital yang semakin berkembang dengan pesat,
ramai yang bertanya-tanya termasuk diri aku sendiri sama ada adakah blog masih relevan
pada tahun 2023 ini?? Apakah ia masih memberikan impak yang besar dalam dunia
digital atau sudah lapuk ketinggalan zaman dek kerana selera pengguna kini
beralih arah kepada platform-platform media sosial seperti Facebook, TikTok ,
Instagram dan lain-lain.
Setelah termenung panjang dan membuat carian khusus di google aku mendapati jawapannya adalah... YA!
Alhamdulillah....Blog Masih Relevan Pada Tahun 2023
Blog masih lagi relevan dan masih
memberikan impak besar dalam dunia digital pada tahun 2023 ini. Meskipun kewujudkan
platform-platform baru yang semakin meningkat popularitinya, blog masih mempunyai peranan penting sebagai salah satu cabang pemasaran dan platform memberikan info-info dan ilmu pengetahuan yang
bermanfaat.
Salah Satu Medium Pemasaran Internet
Sebagai contoh, blog boleh menjadi platform yang sangat
berguna untuk mempromosikan produk atau perniagaan secara online. Ia
membolehkan pemilik perniagaan untuk memberikan maklumat terkini dan menyampaikan
mesej mereka kepada pengikut dan pelanggan setia mereka. Blog juga boleh
digunakan sebagai platform untuk meningkatkan SEO (Search Engine Optimization)
website, yang bertujuan untuk memperbaiki rangkaian mesin carian dan membantu
laman web anda mendapatkan lebih banyak trafik.
Platform Perkongsian Idea
Selain itu juga, blog merupakan platform yang sangat berguna bagi mereka yang ingin berkongsi idea, pengetahuan, dan pandangan mereka kepada dunia. Ia membolehkan penulis untuk berkongsi apa yang mereka sukai dan membangunkan komuniti yang setia yang akan membantu mereka dalam usaha mereka.
Namun, untuk memastikan ia kekal relevan, blog anda perlulah sentiasa dikemaskini dengan maklumat yang berkualiti dan bermanfaat kepada pembaca. Penulis seperti aku perlu memastikan bahawa blog yang ditulis memenuhi keperluan dan
harapan pembaca, dan sentiasa memberikan maklumat terkini dan berguna. Untuk aku cukuplah dengan menulis blog ini sekadar untuk mengisi lapang yang ada.
Kesimpulan
Dengan itu, dapat aku simpulkan bahawa blog masih lagi relevan dan memberikan impak yang besar dalam dunia digital pada tahun 2023. Ia masih merupakan platform yang penting untuk mereka yang ingin mempromosikan produk atau perniagaan secara online, meningkatkan SEO website, berkongsi idea, pengetahuan dan pandangan mereka kepada dunia. Oleh itu, jangan biarkan blog anda krik krik dan terus lakukan usaha menjaganya relevan dan memberi manfaat kepada pembaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita