Khamis, 16 Februari 2023

Doa Bebas Hutang: Cara Terbaik Memohon Pertolongan Allah dari Bebanan Hutang

  Ismail Ahmad       Khamis, 16 Februari 2023

Adakah anda mengalami kesukaran untuk membayar hutang dan merasa tertekan oleh bebanan kewangan? 


Sebagai seorang umat islam harus kita fahami dan mengerti bahawa Allah SWT sentiasa menyediakan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi selari dengan firman Nya melalui Surah Al Baqarah, ayat 286 yang maksudnya:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya.


Sememangnya hutang menjadi suatu beban yang berat dalam hidup seseorang. Ia boleh menimbulkan tekanan dan memberikan implikasi negatif terhadap kualiti hidup seseorang. Antara langkah terbaik untuk menghindarkan tekanan dan gangguan kualiti hidup disebabkan bebanan hutang adalah melalui amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT antaranya menjadikan doa bebas hutang sebahagian dalam amalan kehidupan harian.

Doa bebas hutang merupakan satu bentuk amalan yang dianjurkan dalam agama Islam dan diyakini dapat membantu seseorang memperoleh kelapangan hidup dan keredhaan dari Allah. Kehebatannya ia bukan sahaja dapat membantu melunaskan hutang, tetapi secara tidak langsung meningkatkan mood dan semangat diri untuk memperbaiki taraf hidup seseorang.

Doa bebas hutang adalah satu amalan yang amat dianjurkan dalam islam bukan kepada mereka yang mengalami masalah kewangan sahaja bahkan dijadikan amalan harian orang-orang soleh agar terhindar daripada bebanan hutang. Berdoa haruslah disertakan dengan hati yang ikhlas, bersih serta keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT.

Sedikit fakta menarik tentang doa bebas hutang adalah ia bukan sahaja satu kaedah memohon bantuan daripada sang pencipta iaitu Allah SWT, malahan ia juga membantu meningkatkan keyakinan dan kesabaran diri seseorang sewaktu menghadapi kemelut masalah kewangan. InsyaAllah, dengan IzinNya hutang anda akan lunas dan anda akan dapat menjalani hidup dengan lebih tenang dan stabil.

Nasihat mencapai bebas hutang

Berikut adalah beberapa nasihat yang dapat dititipkan untuk membantu anda mencapai tujuan "bebas hutang".

Nasihat 1 : Tetapkan matlamat

Buatlah satu plan yang jelas dan pastikan anda mempunyai matlamat realistik yang mampu digapai untuk melunaskan hutang anda.

Nasihat 2 : Rancang belanjawan dengan berhemah

Sediakan satu belanjawan bulanan yang ideal dan pastikan ia dapat anda ikuti. Ini akan membantu anda mengawal aliran tunai dan mampu membuat simpanan wang bagi tujuan melunaskan hutang.

Nasihat 3 : Perluaskan pencarian maklumat

Belajarlah tentang hutang dan kaedah terbaik untuk mengatasinya. Pelajari mengenai ilmu pengurusan kewangan dengan betul dan cara untuk membangun kekayaan yang berkesan yang mana ia dapat membantu serta memastikan anda tidak terjebak dalam masalah hutang lagi. Antara panduan yang boleh anda ikuti adalah “Jom Bebas Hutang” yang boleh diperolehi di laman jombebashutang.com

Anda akan diberikan panduan dan bimbingan dengan jelas dan mudah untuk diamalkan serta nasihat berguna untuk membantu anda mengatasi masalah hutang seterusnya memperbaiki taraf kewangan anda.

Dapatkannya disini => Panduan digital “Jom Bebas Hutang”


Nasihat 4 : Ambil langkah berkesan

Carilah kaedah untuk mengurangkan hutang anda secepat mungkin. Ini boleh termasuk memotong melalui pengeluaran bank, memohon bantuan kewangan atau memulakan usaha sampingan bagi memperoleh pendapatan tambahan.

Salah satu teknik yang mudah untuk diamalkan adalah Snowball Method. “Snowball Method” merupakan satu strategi kewangan yang membolehkan seseorang membayar hutang dengan berkesan dan cepat. Prinsip utamanya adalah membayar hutang dengan urutan tertentu dan memastikan setiap hutang dibayar sepenuhnya sebelum memulakan hutang baru. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengamalkan Snowball method:

  • Senaraikan semua hutang anda, termasuk jumlah hutang, kadar faedah dan tarikh matang;
  • Senaraikan hutang anda mengikut kadar faedah tertinggi kepada terendah;
  • Fokuskan pembayaran anda kepada hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi;
  • Teruskan membayar minimum pembayaran untuk hutang lain tetapi tambahkan jumlah yang lebih besar kepada hutang yang dipilih;
  • Setelah anda melunaskan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi, alihkan kepada hutang berikutnya dengan kadar faedah tertinggi dan ulangi proses ini sehingga semua hutang anda dilunaskan.


Nasihat 5 : Berdoalah dengan tekun dan konsisten

Amalkan doa bebas hutang setiap hari dan berdoalah dengan tekun dan ikhlas. InsyaAllah, Allah akan membantu serta memberikan kemudahan jalan kepada masalah yang sedang anda alami.

Antara doa yang boleh di amalkan adalah :

Sumber : Facebook Shahih Fiqih

Doa terlepas dari cengkaman bebanan hutang


Jadilah seorang insan yang bersyukur melalui berdoa dengan tekun serta kusyuk setiap hari. Ingatlah, Allah sentiasa ada untuk membantu dan memberikan kemudahan kepada hamba-Nya yang beriman dan bertakwa. Jadikan doa bebas hutang sebagai amalan harian anda dan lihatlah bagaimana hidup anda akan berubah dengan positif. Kita yakin, dengan izin dan kehendak Allah, anda akan dapat membayar semua hutang dan menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia.

logoblog

Thanks for reading Doa Bebas Hutang: Cara Terbaik Memohon Pertolongan Allah dari Bebanan Hutang

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita