Tudung atau penutup kepala khusus untuk wanita adalah tuntutan yang wajib dipenuhi bagi setiap wanita yang beragama Islam. Tudung juga merupakan salah satu produk fesyen popular di Malaysia pada hari ini yang sangat digemari oleh wanita muslim sebagai aksesori harian.
Terdapat pelbagai variasi, saiz dan warna tudung yang terdapat dipasaran tempatan yang mana ia dilihat sebagai pertumbuhan sihat khususnya dalam menggalakkan peniaga-peniaga muslim menceburi bidang perniagaan. Kepada mereka yang ingin baru memulakan perniagaan berasaskan tudung, boleh menjadi suatu cabaran terutama bagi mereka yang bergelar pelajar kerana tidak mempunyai modal yang besar.
Namun begitu, terdapat juga sebahagian pelajar mengambil pilihan menggunakan pinjaman PTPTN sebagai modal permulaan untuk membuka perniagaan tudung mereka. Pinjaman PTPTN merupakan pinjaman yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menggunakan pinjaman PTPTN sebagai modal permulaan perniagaan merupakan risiko yang perlu ditanggung oleh pelajar, namun melalui perancangan dan perbelanjaan kewangan yang betul membolehkan anda untuk memulakan perniagaan tudung disebabkan terdapatnya faktor permintaan dan keperluan masa kini.
Berikut adalah beberapa langkah penting yang boleh diambil untuk memulakan perniagaan tudung.
5 Langkah yang perlu anda tahu sebelum memulakan bisnes tudung
1. Menguasai pasaran dan produk
Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu memahami pasaran dan produk tudung yang ingin dijual. Siapakah kumpulan sasaran pelanggan anda? Adakah tudung yang anda ingin jual memenuhi keperluan pasaran semasa contohnya di persekitaran universiti. Adakah golongan pelajar dan pengajar berminat dengan rekabentuk dan fesyen yang ingin anda ketengahkan? Bagaimana pilihan warna yang menjadi pilihan mereka? Adakah harga menjadi keutamaan kepada pemilihan tudung? Siapakah pesaing yang ada dipersekitaran? Kesemua soalan-soalan ini perlu anda tuliskan dan mencari jawapannya sebelum mengambil langkah memulakan perniagaan. Melalui senarai semak yang terperinci anda dapat mengenalpasti peluang-peluang yang ada untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan tudung anda.
2. Mencari pembekal atau supplier
Setelah menguasai pasaran dan produk, apa yang perlu anda
lakukan adalah mengenalpasti dan mencari pembekal yang mampu membekalkan tudung
mengikut ciri-ciri dan spesifikasi tudung yang telah anda kenalpasti. Pembekal-pembekal
ini anda boleh perolehi sama ada melalui laman web ataupun dengan mengunjungi
kedai-kedai berhampiran yang mampu memberikan harga terbaik. Pastikan pembekal
yang dipilih mempunyai kualiti produk yang baik terutama dari segi jahitan dan
jenis kain serta menawarkan harga yang berpatutan. Bina hubungan yang baik
dengan pembekal kerana kelak anda memerlukannya untuk menambah stok produk ataupun
ingin mencari rekabentuk yang terkini.
3. Menentukan harga
Setelah mengenalpasti pembekal anda perlu menentukan harga tudung yang ingin dijual. Pastikan harga yang ditetapkan mempunyai daya saing dengan pasaran dan memberikan margin keuntungan yang baik. Usah meletakkan harga terlalu rendah atau terlalu tinggi kerana ini boleh menjejaskan populariti tudung yang ingin anda jual.
4. Mulakan langkah
Setelah kesemua langkah tersebut telah diambil, anda sudah boleh memulakan perniagaan anda. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memasarkan produk sama ada dengan membuka booth jualan, menjual kepada rakan-rakan dan tenaga pengajar di universiti, membina laman web ataupun melalui laman marketplace yang membuka peluang perniagaan seperti shopee, lazada, ebay dan sebagainya. Pastikan juga bahawa anda dapat mengoptimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran atau promosi.
5. Menjalankan perniagaan dengan beretika
Pastikan anda menjalankannya dengan baik dan konsisten. Teruskan
berinovasi dan kreatif dalam mencari kaedah terbaik melakukan pemasaran serta
memastikan produk-produk tudung anda diperbaharui untuk memenuhi keperluan
pelanggan. Suatu perkara penting yang tidak harus dilupakan adalah mengenai
kawalan kualiti tudung agar kepuasan pelanggan sentiasa terjamin.
Kesimpulan
Dengan memulakan perniagaan tudung dengan modal pinjaman PTPTN, anda boleh menjana pendapatan dan memperluas perniagaan dengan lebih baik. Ini adalah peluang terbaik kepada mereka yang berminat dalam bidang fesyen dan ingin memulakan perniagaan sendiri. Pastikan anda memahami pasaran dan produk, mencari pembekal yang baik, menentukan harga berdaya saing dan menjalankan perniagaan dengan baik untuk memastikan kejayaan perniagaan yang dibina.
Fahami tanggungjawab
Walaupun begitu, harus diingat bahawa tanggungjawab anda adalah sebagai seorang pelajar dan memulakan perniagaan adalah tanggungjawab besar yang memerlukan usaha serta komitmen tinggi. Jangan terburu-buru dan selami dahulu ilmu pemasaran perniagaan dengan betul agar anda dapat menyesuaikan diri untuk bersaing dalam pasaran hari ini.
Semoga artikel ini dapat membantu anda memulakan perniagaan tudung dan mampu menjana pendapatan yang baik bagi menampung kos perbelanjaan hidup. Mulakan langkah sekarang untuk kecapi kejayaan dalam bidang fesyen dimasa hadapan. Andai anda sedang mencari panduan khusus untuk menjalankan bisnes tudung secara online mengapa tidak anda mendapatkan Panduan komprehensif yang ditulis oleh usahawan tudung berjaya berdasarkan pengalamannya.
Apa manfaat yang bakal anda perolehi?
1. Panduan memulakan bisnes tudung
Perkongsian ilmu dan pengalaman penulis bagaimana memulakan bisnes tudung dari mencari supplier, cari pelanggan, teknik foto, bina ayat iklan dan pelbagai tips serta pengalaman dalam bisnes tudung. Menariknya terdapat satu bab yang boleh memberi motivasi kepada anda bagaimana penulis berjaya menjana keuntungan bersih RM15K sebulan sewaktu musim ramadhan hanya secara online! Langkah demi langkah bagaimana persediaan dan strategi di lakukan untuk hasilkan keuntungan sebanyak itu turut dikongsi tanpa berselindung.
2. 4 langkah utama untuk hasilkan tudung jenama sendiri!
Setiap langkah dihuraikan dengan terperinci oleh penulis dan penulis turut membekalkan maklumat supplier atau pembekal yang boleh anda gunakan. Senarai supplier adalah mereka yang boleh dipercayai malahan tudung berjenama besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf juga menggunakan supplier yang sama. Bukan sekadar nama tetapi complete dibekalkan dengan nombor contact serta alamat pembekal. Satu perkara yang perlu anda fahami untuk menjalankan perniagaan tudung memerlukan senarai pembekal yang banyak sebagai back up plan anda.
Harga panduan ini hanya RM80 sahaja tetapi ilmu yang bakal anda perolehi amat-amat bermanfaat dan boleh dikongsikan bersama saudara mara atau rakan kongsi anda.
Untuk dapatkan maklumat lanjut Panduan Bisnes tudung ini boleh rujuk pada pautan yang disertakan ini
-> Panduan Komprehensif Rahsia Bisnes Tudung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita