AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia Tenggara, baru-baru ini mengumumkan pelancaran 5 juta tempat duduk percuma untuk memacu industri pelancongan ASEAN. Inisiatif ini dalam usaha untuk membantu memulihkan industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Dengan KDNK bernilai lebih daripada RM1.5 trilion, 2% daripadanya adalah sumbangan yang cukup besar untuk industri pelancongan.
Bukan itu sahaja, AirAsia juga telah membuktikan bahawa syarikat ini menjadi pemangkin utama kepada industri pelancongan dan penerbangan di rantau ASEAN. Syarikat ini telah menyumbangkan lebih 300,000 peluang pekerjaan di Malaysia sahaja, dan trend yang sama juga dapat dilihat di pasaran ASEAN lain yang dikendalikan oleh AirAsia.
AirAsia kini kembali dan bersedia untuk memainkan peranan yang penting dalam memacu pelancongan, perdagangan dan pelaburan di seluruh ASEAN. Syarikat ini merancang untuk menerbangkan lebih 69 juta penumpang setiap tahun yang pastinya akan memberikan rangsangan yang besar kepada industri pelancongan Malaysia.
Kepada anda yang ingin pengalaman terbang lebih jauh dengan
kadar yang murah, AirAsia X juga menawarkkan perjalanan penerbangan ke Busan,
Tokyo dan pelbagai destinasi lain yang menarik pada kadar tambang rendah daripada
harga RM329 sehala. Tempahan ini hanya sah sehingga 19 Februari 2023 bagi
tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 hingga 10 Disember 2023.
Untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dan lancar kepada pelanggan, AirAsia juga telah mengambil beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengalaman penerbangan. Prestasi tepat masa (OTP) AirAsia kini berpurata sekitar 80%, dan syarikat ini komited untuk terus mencapai kecemerlangan dalam hal ini. Justeru, AirAsia melancarkan Insurans Kelewatan Penerbangan pertama dalam industri penerbangan, yang ditaja jaminan oleh Tune Protect. Inisiatif ini memberikan bayaran sebanyak RM200 kepada pelanggan yang mengalami kelewatan penerbangan sekurang-kurangnya dua jam dari masa perlepasan yang dijadualkan. Insurans ini sedia untuk ditempah secara percuma kepada pelanggan yang membuat tempahan penerbangan antara 10 Februari hingga 19 Februari 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 hingga 10 Disember 2023.
Bukan itu sahaja, AirAsia juga telah memperkenalkan bot sembang AI berkuasa yang dikenali Ask Bo bertujuan memudahkan urusan pelanggan. Melalui jaringan rangkaian terluas dan tambang murah dalam industri penerbangan, pastinya akan memberikan pengalaman penerbangan yang lebih baik kepada pelanggan.
Sekiranya anda ingin menikmati pengalaman penerbangan yang lebih lancar dan selamat, muat turun aplikasi airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Ini adalah peluang yang baik untuk anda menjelajahi destinasi pelancongan menarik di negara-negara ASEAN. Kempen ini hanya sah sehingga 19 Februari 2023. Jadi usah bertangguh-tangguh lagi.
Tempah seat anda sekarang dan layari laman airasia.com untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita