Maybank merupakan salah satu kumpulan perbankan Malaysia yang terbesar di Asia Tenggara kini sedang menawarkan produk terbaru yang dikenali dengan nama Maybank Zest-i. Apa yang menarik Maybank Islamic Bhd turut menawarkan hadiah bernilai RM2 juta kepada pelanggan setia yang membuka akaun baharu Zest-i melalui platform Maybank2U.
Apa itu Maybank Zest-i?
Maybank Zest-i adalah satu produk
pinjaman peribadi tidak bercagar yang ditawarkan oleh Maybank menjadikan proses
pinjaman menjadi lebih mudah dan cepat untuk mendapatkan wang tunai.
Pinjaman ini direka khusus bagi
memenuhi pelbagai keperluan seperti pengubahsuaian rumah, perbelanjaan
perubatan, perbelanjaan pendidikan dan lain-lain. Menariknya anda tidak lagi
perlu beratur panjang dan menunggu giliran yang lama di bank untuk melakukan
permohonan.
Hanya secara online!! Saya
ulang.. secara online sahaja menjadikan proses permohonan dan kelulusan menjadi
lebih cepat dan praktikal.
Mudah bukan.
Melalui Maybank Zest-i anda boleh memilih tempoh pembayaran yang fleksibel mengikut kemampuan kewangan anda. Faedah yang ditawarkan juga amat kompetitif menjadikan kos pinjaman lebih berpatutan.
Nak Tahu Apa Kelebihan Maybank Zest-i?
Mungkin anda tertanya-tanya,
apakah kelebihan produk ini berbanding produk-produk pinjaman yang lain.
1. Permohonan secara online
Salah satu kelebihan utama dari Maybank Zest-i adalah proses aplikasi dan persetujuan yang cepat dan lebih praktikal. Anda dapat melakukan aplikasi pinjaman secara online dan tidak perlu pergi ke bank untuk beratur dan menunggu giliran panjang. Proses aplikasi hanya memerlukan waktu beberapa minit dan anda dapat mengetahui keputusannya dalam waktu yang singkat.
2. Tanpa Perlu Jaminan
Maybank Zest-i adalah pinjaman peribadi tanpa perlu jaminan membuatkan anda tidak perlu menyediakan jaminan apapun seperti rumah atau kenderaan. Ini membuat proses pinjaman menjadi lebih mudah dan cepat, kerena tidak melilbatkan urusan dokumen yang banyak untuk membuat penilaian harga aset.
3. Kadar faedah yang Kompetitif
Maybank Zest-i menawarkan faedah yang kompetitif sehingga menjadikan pembiayaan pinjaman anda menjadi lebih rendah jika dibandingkan dengan pinjaman lain yang tersedia di pasaran. Faedah yang ditawarkan adalah kekal selama masa tempoh pinjaman dimana memudahkan anda membuat pembayaran pembiayaan dengan mudah.
4. Tempoh Pembayaran Fleksibel
Dengan Maybank Zest-i, Anda dapat memilih tempoh pembayaran yang fleksibel sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Anda dapat memilih tempoh pembayaran maksima hingga 60 bulan atau 5 tahun.
Kenali 4 Ciri-ciri Yang Ada Pada Maybank Zest-i
Setelah mengetahui kelebihan yang ada pada Maybank Zest-I mari kita kenali apakah ciri-ciri yang ada pada Maybank Zest-I
1. Dana Tunai Tanpa Syarat
Maybank Zest-i menyediakan dana
tunai tanpa syarat, jadi anda boleh menggunakan wang tunai untuk memenuhi
keperluan yang anda inginkan. Menariknya semasa proses permohonan, anda tidak
perlu menjelaskan apakah tujuan menggunakan wang tunai kepada bank.
2. Proses Pinjaman Telus
Proses pinjaman Maybank Zest-i
sangat telus, jadi anda boleh memahami setiap proses dan kos-kos yang terlibat
dengan pinjaman yang anda inginkan. Anda juga boleh mengetahui maklumat tentang
faedah, yuran dan tempoh pembayaran sebelum membuat keputusan untuk membuat
pinjaman dengan pihak Maybank.
3. Sokongan Pelanggan 24/7
Maybank menawarkan sokongan
khidmat pelanggan 24/7, jadi anda boleh menghubungi bank pada bila-bila masa
dan di mana sahaja untuk meminta perincian maklumat tentang pinjaman anda. Pegawai
khidmat pelanggan yang profesional dan mesra pelanggan akan membantu anda
menyelesaikan masalah permohonan melalui kaedah penyelesaian yang betul.
4. Tempoh Pinjaman Zest-i Maybank
Tempoh pembayaran pinjaman Maybank Zest-i adalah maksimum 60 bulan, jadi anda boleh memilih tempoh pembayaran yang sesuai mengikut kemampuan anda. Selain daripada itu anda perlu faham bahawa tempoh pinjaman juga bergantung kepada saiz pinjaman yang anda mohon dan jumlah pendapatan anda.
Kesimpulan
Maybank Zest-i adalah satu kaedah penyelesaian pinjaman peribadi yang menawarkan kelebihan dan ciri terbaik kepada anda buat masa kini. Proses permohonan dan kelulusan adalah pantas dan praktikal, tanpa cagaran, faedah kompetitif dan tempoh pembayaran yang fleksibel menjadikan Maybank Zest-i pilihan yang tepat untuk anda yang memerlukan wang tunai dalam tempoh yang singkat. Dengan sokongan khidmat pelanggan 24/7 dan proses pinjaman yang telus, anda boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah dan selamat.
Jadi janganlah berlengah lagi untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Layari laman Maybank dan nikmati kemudahan pinjaman dengan MaybankZest-i!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita