Sabtu, 11 Februari 2023

Cara Menjadikan Rumah Anda Lebih Bersih dan Teratur Dalam Masa 10 Minit

  Ismail Ahmad       Sabtu, 11 Februari 2023

Dekorasi cara jimat dan murah

Siapa yang tidak suka dan senang hati melihat rumah kelihatan kemas serta teratur. Kekemasan rumah adalah cerminan personaliti seseorang dan tugasan ini bukanlah satu tugas yang mudah serta memerlukan anda membuat sedikit perbelanjaan. Walaupun begitu, masih ada kaedah untuk anda menghiasi rumah dengan cara yang jimat dan murah. 

Kredit to Facebook Wani Ziwani


Berikut aku kongsikan beberapa idea untuk membantu anda memulakan projek dekorasi rumah.

Idea nombor 1

Gunakan warna-warna yang cerah

Penggunaan warna-warna cerah akan membuatkan rumah anda terasa lebih luas dan berseri-seri. Anda boleh memilih warna-warna cerah seperti putih, hijau muda, biru muda atau kuning cair untuk dinding mahupun perabot. Ini adalah cara jimat untuk memperindahkan rumah anda dan pastinya ia tidak memerlukan belanja yang besar. Hanya bermodalkan cat dan berus sahaja.


Idea nombor 2:

Tukar tapak lantai

Satu lagi cara untuk memperindahkan rumah anda adalah dengan menukar tapak lantai. Sekiranya lantai anda sudah berkusam, kulat dan berdebu elok sangatlah adaptasi dengan idea ini.  Anda boleh memilih tapak lantai bertekstur seperti kayu atau batu untuk memberikan kesan yang lebih elegan dan bergaya. Vinly floor adalah satu pilihan yang baik dan pastikan ia kalis air dan mempunyai ketebalan yang tinggi. Walau bagaimanapun, jangan terlalu berlebihan dan pastikan tapak lantai yang anda pilih sesuai dengan reka bentuk rumah anda.


Idea nombor 3:

Gunakan perabot yang tepat

Perabot adalah salah satu elemen penting dalam dekorasi rumah. Anda boleh memilih perabot yang sesuai dengan reka bentuk rumah anda dan mengikut tona warna yang anda pilih. Gunakan perabot yang mempunyai bentuk yang unik dan berwarna cerah untuk memberikan kesan yang lebih hidup dan berseri. Carilah perabot yang berkonsepkan scandinavian ataupun nordic style yang sememangnya menjadi piliham utama masa kini.


Idea nombor 4.

Gunakan aksesori dekorasi

Aksesori dekorasi seperti lampu, lukisan dan karpet, langsir dapat memudahkan anda mendekorasikan rumah anda dengan cara yang jimat. Anda boleh memilih aksesori dekorasi yang sesuai dengan reka bentuk rumah anda dan mengikut tona warna yang telah pilih.

Idea nombor 5:

Gunakan elemen flora

Tumbuhan hiasan dan bunga-bungaan dapat membantu anda memperindahkan rumah anda dengan cara semulajadi dan menjimatkan. Kini terdapat pelbagai pilihan pokok hiasan dipasaran sama ada yang asli mahupun artificial.


Dekorasi rumah secara murah dan Jimat memerlukan anda untuk berinovasi dan mengamalkan kreativiti serta mempunyai pengetahuan yang tepat. Gunakan idea-idea di atas sebagai panduan asas untuk memulakan projek dekorasi rumah dan igin saya ingatkan sekali lagi supaya anda memilih reka bentuk dan tona warna yang bersesuaian dengan personaliti diri anda. 

Usah fokus nak berbelanja besar, sebaliknya fokuskan kepada cara-cara yang jimat dan mudah untuk menghiaskan rumah. 


Cara Menjadikan Rumah Anda Lebih Bersih dan Teratur Dalam Masa 10 Minit

Disini juga ingin aku kongsikan sedikit tips, trik serta kaedah yang betul menjadikan rumah anda lebih bersih dan teratur dalam masa 10 minit sahaja. 

Trik 1 : Buat Jadual Tugas

Mulakan dengan membuat daftar tugas harian. Buat satu jadual master list untuk setiap hari dan pastikan anda menyelesaikan tugas-tugas tersebut dalam masa 10 minit setiap hari.

Trik 2 : Fokuskan pada Satu Bilik

Fokuskan usaha anda pada satu bilik dalam satu masa. Mulakan dengan bilik yang paling kotor dan berbahaya, seperti bilik mandi atau dapur.

Trik 3 : Gunakan Pemegang Botol

Gunakan penyangkut untuk memegang botol bagi memastikan barangan seperti sabun, pembersih, dan air paip sentiasa teratur dan tersusun rapi.

Trik 4 : Bersihkan barang-barang yang tidak diperlukan

Gunakan masa 10 minit untuk membuang barang-barang yang tidak diperlukan atau yang sudah rosak. Ini akan memastikan rumah anda sentiasa teratur dan tidak penuh dengan barang-barang sampah.

Trik 5 : Letakkan barang-barang di tempat yang betul

Sesekali, pastikan anda memeriksa dan menempatkan semula barang-barang di tempat yang betul. Ini akan memastikan rumah anda sentiasa teratur dan mudah ditemui.

Trik 6 : Gunakan Kaki Pemegang: 

Gunakan kaki pemegang untuk meletakkan barangan seperti telefon bimbit atau tablet tidak tercemar.

Trik 7 : Lipat baju dan seluar

Pakaian seharusnya diletakkan di dalam laci atau almari bertutup agar ia nampak teratur dan mudah ditemui.

Trik 8 : Rak Penyimpanan 

Gunakan rak penyimpanan di laluan rumah untuk menyimpan barangan seperti tuala, selipar atau selimut. Terapkan amalan berkonsepkan minimalist semasa mendekorasikan rumah. Konsepnya mudah sahaja. Semakin kurang barang-barang kecil, maka semakin baik hasilnya.

Kredit to wani 


Dengan mengikuti cara yang telah aku kongsikan dapat menjadikan rumah anda kelihatan lebih bersih dan teratur dalam masa 10 minit sahaja. Ini adalah cara yang mudah dan efektif untuk memastikan rumah sentiasa kelihatan bersih dan teratur. Jangan lupa untuk melakukannya secara rutin untuk memastikan rumah anda sentiasa kemas dan bersih.


Berminat nak berdeko ala-ala gambar diatas?

Sini kayu pine siap ketam mur mur  https://shope.ee/3Kt5B8UCG1

Pagar pakai shera plank lebih tahan lama
https://shope.ee/3Kt5BNJjnu

Kod cat putih
https://shope.ee/2fdOOFbJUi

Pokok keladi dan alatan berkebun  https://shope.ee/3ppLma5gMj

Lampu outdoor https://shope.ee/3Kt5Bqyc6q


logoblog

Thanks for reading Cara Menjadikan Rumah Anda Lebih Bersih dan Teratur Dalam Masa 10 Minit

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita