Apa yang anda tahu Mengenai Skechers?
Sejarah
Kita semua sedia maklum Skechers merupakan
jenama kasut antarabangsa yang diminati ramai rakyat Malaysia. Sedikit sejarah
ringkas yang dapat aku kongsikan berkenaan syarikat ini yang mana ia telah
diasaskan pada tahun 1992 oleh Robert Greenberg.
Di awal permulaannya syarikat ini
hanya berperanan sebagai pengedar kasut kasual dan pakaian namun ia dikembangkan
ke pasaran kasut sukan. Antara faktor kejayaan awal Skechers boleh dikaitkan kerana
reka bentuknya yang inovatif dan dijual pada harga yang berpatutan
membezakannya daripada jenama kasut lain ketika itu.
Pada penghujung 1990-an, Skechers
memperkenalkan barisan kasut toning "Shape-ups", yang menjadi popular
di kalangan peminat aktiviti kecergasan. Kasut itu dipasarkan dengan memberi
nilai tambah kasual yang mana sesuai digunakan untuk aktiviti luar sekaligus
meningkatkan popularitinya serta mengukuhkan lagi Skechers sebagai jenama
terkemuka dalam industri kasut.
Pada awal 2000-an, Skechers terus memperluaskan variasi produknya dengan memperkenalkan gaya dan teknologi baharu, seperti insole busa memori untuk keselesaan dan sokongan tambahan. Bermulalah perjalanan kejayaan syarikat dimana ramai dikalangan atlet dan selebriti mendapat penajaan daripada Skechers.
Antara artis dan celebriti yang pernah menerima Tajaan daripada Skechers
- Tony Romo, bekas Quarterback NFL
- Maria Sharapova, bekas pemain tenis
- Demi Lovato, penyanyi dan pelakon
- Meghan Trainor, penyanyi dan penulis lagu
- Apolo Ohno, bekas peluncur Olimpik
- Kelly Brook, pelakon dan model
- Joe Montana, bekas quarterback NFL
- Brooke Burke-Charvet, personaliti televisyen
Hari ini seperti yang anda lihat, Skechers berjaya menempatkan diri sebagai salah satu jenama kasut terbesar di dunia dengan perluasan cawangan ke 170 negara termasuklah Malaysia. Pelbagai jenis produk ditawarkan termasuk kasut kasual dan sukan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak serta kasut prestasi dan kerja. Komitmen Skechers terhadap inovasi, keselesaan dan keterjangkauan telah menjadikannya diminati dari pelbagai kalangan pelanggan dan berjaya membantunya mengekalkan status sebagai jenama yang dipercayai dan popular dalam industri kasut pada masa kini.
Apakah faktor yang mendorong kasut Skechers menjadi semakin popular ?
Selesa dipakai:
Kajian yang dilakukan mendapati
kebanyakan pengguna selesa menggunakan kasut Skechers yang mana rekabentuknya
yang menarik dan menyokong tubuh manusia
menjadikannya sesuai untuk dipakai setiap hari dan sesuai kepada mereka
yang berdiri dalam jangka masa yang panjang.
Rekabentuk menarik:
Skechers menawarkan pelbagai jenis
gaya rekabentuk menarik meliputi kasut kasual, olahraga dan sesuai digayakan
dengan pelbagai jenis pakaian yang memudahkan orang ramai memilih mengikut gaya
peribadi mereka.
Ketahanan:
Kasut Skechers terkenal dengan
ketahanannya yang menjadikannya pelaburan yang baik untuk mereka yang kerap
memakainya untuk jangkamasa panjang.
Sesuai pelbagai lapisan peringkat umur:
Rekabentuk yang tidak outdated
menjadikannya pilihan mudah berbanding dengan beberapa jenama lain. Kasut
Skechers boleh digunapakai oleh pelbagai pengguna daripada lapisan umur
daripada kanak-kanak sehingga golongan warga emas.
Inovasi:
Skechers sentiasa mencari cara
baharu untuk menambah baik produknya melalui gabungan teknologi dan bahan
baharu ke dalam kasutnya untuk memberikan keselesaan, sokongan dan prestasi
yang lebih baik kepada pengguna.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat aku rumuskan berkenaan skechers. Kalau anda merasakan maklumat kurang tepat anda boleh membuat carian berkenaan Skechers melalui google. Pastikan membuat pembelian produk original khususnya melalui atas talian kerana banyak platform marketplace hari ini seperti shopee dan lazada menjual produk-produk skechers tiruan khususnya yang dibawa masuk daripada negara China. Bukanlah untuk menyatakan tidak bagus tetapi anda perlu berhati-hati dengan penjual online. Pastikan mereka adalah dikalangan syarikat yang mempunyai authorize daripada skechers.
Sekiranya anda tidak mempunyai
masa untuk mengunjungi outlet skechers di pasaraya bolehlah berkunjung ke laman
web utama Skechers Malaysia untuk membuat pembelian. Mungkin model kasut idaman
anda tidak dijual di outlet terhampir tetapi ada di laman web skechers.
Ayuh kunjungi sekarang laman https://www.skechers.com.my/
Sumber photo : Skechers Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita