Hurmm .....
Ada tak
Tips Mudah nak lulus dapatkan Pinjaman rumah dari Bank?
....
.......
ada cara ke lulus pinjaman rumah dengan cepat |
Korang tahu banyak cara sebenarnya untuk dapatkan maklumat tentang pinjaman perumahan.
Antaranya daripada institusi perbankan atau lain-lain sumber contohnya akhbar, majalah, internet dll.
Kalau korang nak dapat maklumat yang jelas dan tepat bersesuaian dengan sumber poket korang, elok rujuk dulu pada institusi perbankan yang ada di Malaysia.
Apa yang perlu korang buat adalah, tumpukan perhatian pada kadar pinjaman yang ditetapkan dan juga tempoh tawaran.
PENTING tu. Teliti tawaran secara menyeluruh dan JANGAN MUDAH TERTARIK dengan kadar faedah permulaan. Sebabnya, faedah yang dikenakan akan naik suatu masa nanti walaupun kadar permulaannya rendah.
Semak dahulu, sama ada kadar tu jenis sama rata atau kadar yang berubah. Sedikit info, kalau korang nak tahu kadar berubah tu biasanya faedah yang dikenakan akan naik selari dengan perubahan pada kadar pinjaman asas.
Korang kena kenalpasti kemampuan poket sendiri sama ada mampu atau tak, nak bayar semula pinjaman walaupun kadar faedah yang dikenakan meningkat atau menurun.
Kenalpasti juga sama ada korang boleh bayar semula atau tak, pinjaman rumah pada jumlah ansuran tetap. Cuma kesannya, tempoh pinjaman akan jadi panjang atau singkat dan ia bergantung pada kadar pergerakan faedah.
Bukan mudah beb…
Bank nak luluskan pinjaman perumahan sekarang ni. Tambahan banyak kes-kes penipuan pinjaman perumahan.
Biasanya bank akan minta dokumen asas untuk urusan permohonan pinjaman perumahan iaitu :
- Slip gaji
- Akaun KWSP
- Penyata akaun bank
- Rekod bayaran gaji oleh majikan
Ini kira “BASIC REQUIREMENT”. Kalau tak jelas, biasanya 70% pinjaman rumah korang akan DITOLAK. Ini lah perkara yang selalu jadi masalah pada kakitangan swasta yang bekerja dengan syariakt bukan listed company.
Kalau gagal dapat loan, korang janganlah nangis. Rezeki tu Allah yang bagi..
Tak guna nak frust Menonggeng..
Biar gagal sekali dari selamanya terus gagal |
Tips ringkas untuk buat loan rumah.
1. Tetapkan objektif utama. Contohnya target harga rumah yang nak dibeli, berapa gaji yang diperlukan untuk lepas buat loan rumah dan kena juga tahu serba sikit cara bank kira untuk senang luluskan loan rumah korang.
2. Pergilah semak dengan bank korang punya kemampuan tu. Senang cakap cek rekod CCRIS. Sebab ramai yang sangkut sebab hutang yang ada tak dibayar atau sengaja tak mahu bayar. Contoh loan kereta sampai 3 bulan tertangguh. Macam mana bank nak bagi pinjam kalau korang memang dasar malas nak bayar hutang.
3. Pastikan rekod kad kredit korang tu cun. Jangan suka sangat berhutang dan elak amalkan sikap gali lubang tutup lubang. Sakit korang nanti.
Aku memang tak ada tips mudah nak lulus loan rumah. Tapi kalau korang nak juga belajar cara bagaimana nak lulus pinjaman perumahan dengan mudah, elok korang belajar dari brader wahi yang pernah aku ceritakan pasal : Tips Beli rumah second
Kalau nak tahu lagi "detail" korang boleh dapatkan Panduan lengkap nak mohon loan rumah
ikut Cara Brader Wahi -> Rahsia Pinjaman Rumah
ikut Cara Brader Wahi -> Rahsia Pinjaman Rumah
** ps : Aku suka gaya dan cara abang hensem berfikir. Walaupun terlebih mampu untuk beli Porche Cayyene tapi dia tetap memilih proton wira sebagai medium pengangkutan harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita