Jumaat, 5 Disember 2014

Jom Buat Duit Dengan Aktifkan Mykad

  Ismail Ahmad       Jumaat, 5 Disember 2014

JOM AKTIFKAN MYKAD DAN BUAT DUIT


Ada sesiapa antara kalian yang membenci duit?

Mungkin korang juga mengidamkan satu bentuk pendatapatan pasif setiap bulan. Betul tak?
Tahukah apa itu pendapatan pasif?

Diringkaskan ia adalah pendapatan senyap yang mana alirannya masuk setiap bulan tanpa henti. Menarik bukan?

Tapi tidak ramai antara kita yang berjaya membina satu bentuk pendapatan pasif. Sikit atau banyak pendapatan yang diterima bukan persoalannya disini yang penting minat, usaha dan juga tawakal adalah kunci utama untuk kita berjaya membinanya perlahan-lahan.

Bertitik tolak daripada itu juga baru-baru ini aku diterangkan mengenai peluang buat duit atau dalam erti kata lain, menjana pendapatan dengan pengaktifan mykad yang dibawa melalui Program Jom Aktifkan Mykad Smart Shopper

Susah juga pada mulanya, aku nak percaya pelan perniagaan macam ini hinggakan berminggu-minggu aku memikirkan pelan perniagaan Affiliate Juction ini. Ini kali pertama aku diterangkan mengenai produk affiliate offline dan kali pertama juga aku diberitahu ada bayaran untuk menjadi agen affiliate sedangkan selama ini affiliate yang aku sertai semuanya percuma tanpa sebarang modal.. hoho..

Jujurnya, aku akui pelan perniagaannya cukup bagus dan menarik untuk didengar namun sudah lama aku meninggalkan aktiviti “Mesyuarat Larut Malam”

Walaupun perniagaan ini tidak begitu serasi dengan jiwa aku, tetapi mungkin masih ramai diluar sana yang tercari-cari peluang Buat Duit Lumayan dan mahu mengetahuinya. 

Setelah meyakini kemampuan pelan perniagaan ini untuk menjana pendapatan pasif, ingin aku hebahkan berkenaan Projek Jom Aktifkan Mykad di bawah program Mykad Smart Shopper.

Jom Aktifkan Mykad Buat duit
Laman Web Mykad Smart Shopper

Program ini diwujudkan beberapa tahun lalu sekitar tahun 2010 melalui syarikat I Synergy Universal Sdn Bhd. Oleh kerana kekurangan modal untuk tujuan promosi, maka penyampaiannya tidak sampai kepada gologan sasar umpama seperti hidup segan, mati tak mahu.

Oleh sebab itu, dengan rasa rendah diri dan berniat mahu membantu rakan-rakan blogger memperkembangkan perniagaan kepada kalian semua aku tetap yakin akan potensi pulangan yang bakal diterima sekiranya ia dilakukan dengan betul dan lancar.

Mungkin persoalan yang sering berlegar di benak fikiran kalian “Mana datangnya duit untuk di bayar kepada agen affiliate” bukan? sedangkan untuk mengaktifkan mykad adalah Percuma dan tiada sebarang yuran tersembunyi.

Setelah memperhalusinya barulah aku mengerti ada 3 sumber pendapatan sebenarnya yang mampu dijana melalui Projek Jom Aktifkan Mykad.

Sumber 1 # Melalui “Customer referral incentive”


Ini adalah asasnya dan ia juga adalah punca pendapatan utama para affiliate dimana setiap barangan yang dibeli menggunakan mykad komisen akan diterima oleh pemasarnya sama seperti perniagaan yang lain. 1% akan diberikan kepada kalian sekiranya ada pengguna yang berdaftar dan menggunakan Mykad untuk beli belah. Cuba bayangkan terdapat 1000 orang berdaftar dengan kalian dan melakukan perbelanjaan barang dapur sebanyak RM300 sebulan.

Kiraan insentif yang akan diterima adalah seperti berikut :

1000 pengguna x RM300 sebulan x 1% = RM3,000

Siapa nak bagi kan. Pengguna dapat point dan orang pula dapat insentif komisen. Selagi pengguna berbelanja menggunakan Mykad, selagi itulah kalian akan menerima komisen. 

Lama kelamaan ia akan membentuk satu aliran tunai yang tetap.

Main saham

Sumber 2 # Melalui Merchant Referral Incentive


Sekiranya kalian mampu menarik minat sebuah premis atau pasaraya untuk sertai program ini, kalian juga bakal menerima pendapatan bulanan sebanyak 1% daripada hasil jualan premis tersebut. Bayangkan jika sebuah pasaraya atau supermarket dapat menghasilkan jualan RM300,000 sebulan bermakna RM3,000 komisen secara tetap milik kalian. 

Siapa yang nak beri kan.

Sumber 3 # Melalui Komisyen Pendaftaran


Inilah sumber pendapatan yang paling besar daripada kedua-dua sumber tadi. Program ini juga menggunakan pelan perniagaan berkonsep yang aku katakan tadi “Mesyuarat Larut Malam” atau MLM. Jangan lah membenci MLM kerana sebenarnya banyak perkara baik yang kita sendiri tidak tahu kalau tidak dalaminya sebaiknya. Buka hati dan minda untuk mendengarnya.

Itu adalah daripada hasil pengamatan aku sahaja. Sekiranya kalian berjaya merekrut agen baru di bawah kalian, sudah pasti sumber pulangannya akan berlipat kali ganda. Untuk dapatkan pencerahan lebih mendalam, elok kalian bertanyakan kepada admin blog coretan anuar kerana beliau lebih arif akan projek ini.

Aku ini cuma blogger picisan sahaja yang baru nak belajar menulis dan belajar ilmu SEO blogspot

Kalau belum Aktifkan lagi Mykad eloklah cepat-cepat bertindak kerana untuk pengaktifannya adalah Percuma. Yang berbayar itu kalau nak jadi Agen AFFILIATE.. 

Kalau rasa artikel ini bermanfaat, Jom sama-sama kita war-war kan kepada saudara mara terdekat dan rakan pejabat. 

logoblog

Thanks for reading Jom Buat Duit Dengan Aktifkan Mykad

Previous
« Prev Post

2 ulasan:

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita