Jumaat, 12 Disember 2014

3 Strategi Berkesan Berniaga Di Facebook

  Ismail Ahmad       Jumaat, 12 Disember 2014
Berniaga atau Buat Duit di Facebook sudah menjadi trend hari ini. Bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia menggemari aktiviti berfacebook. Perniagaan di facebook dilihat lebih menjimatkan dan menguntungkan dari sudut kewangan dan persekitaran hijau. Ia merupakan salah satu langkah yang paling mudah, murah, efisien dan juga efektif bagi mereka yang menggemari aktiviti menjana pendapatan sampingan dari rumah.

Melalui facebook, kita boleh temui ramai pelanggan dan memudahkan untuk mensasarkan jualan dengan lebih tepat. Jika kena caranya, potensi perniagaan ini dilihat sangat menguntungkan.

Facebook medium pemasaran berkesan
Kembangkan perniagaan melalui facebook
Purata sehari, 3.2 Billion manusia yang suka berkomen dan membuat (like) di Facebook. Angka ini dilihat sebagai potensi dan sekiranya perniagaan itu hadir dengan pakej yang menarik serta mampu menarik volume trafik yang tinggi, ia cukup untuk membuatkan perniagaan korang dikenali dan menjadi topik bualan di facebook kerana konsep viral yang amat-amat luar biasa. 

Okeh..

3 STRATEGI BERKESAN BERNIAGA DI FACEBOOK


Aku kongsikan 3 Strategi berkesan kalau nak berniaga atau buat duit online di Facebook. Korang jangan sibuk nak query fan page aku ada 7 kerat aje, pasal aku bukannya nak meniaga kat fb. hoho

1. Rekaan page atau Fanpage


Facebook page diumpama sebagai pintu masuk utama ke dalam perniagaan korang. Di sinilah korang perlu bina jenama dan membuat hubungan baik dengan pelanggan.

Page adalah tempat korang masukkan atau memuat turun aktiviti, post terkini atau mengemaskini perniagaan bagi tatapan pelanggan dan ia akan dipaparkan pada News Feed.

Ini kerana 40% daripada masa orang akan habiskan untuk ruangan news feed. Maknanya perniagaan korang boleh dipaparkan dalam perbualan setelah artikel atau post korang terbit pada ruangan news feed pelanggan.

Apakah cara dan kriteria yang paling cepat dan tepat untuk bina facebook page?

  • Pilih kategori dan nama untuk penjenamaan page korang yang membawa kepada perniagaan korang
  • Buat logo atau imej lain yang mampu menarik perhatian berkaitan perniagaan korang sebagai profil utama.
  • Buat cover timeline yang mewakili jenama korang untuk beri penerangan mengenai servis, produk yang korang tawarkan.
  • Tetapkan alamat web atau blog di facebook page sebagai satu material pemasaran bagi menunjukkan keseriusan korang berniaga di Facebook.
  • Lihat insight, suntingan kandungan page dan respon kepada mesej peribadi daripada panel admin. Edit page pada bahagian admin untuk memasukkan maklumat lain berkenaan perniagaan korang.
Teringin nak buat Cover Timelene Facebook  segera yang havoc dan mantap? 

Boleh rujuk di sini

Apakah rahsia kejayaan membuat post menarik?


1. Ringkas dan padat
Post antara 100-250 karakter adalah dilihat amat tepat iaitu 60% lebih like, komen dan akan dikongsikan berbanging post yang panjang berjela-jela

2. Visual
Penggunaan video dan foto menarik dilihat dapat menarik lebih 100% penglibatan pelanggan berbanding kandungan teks.

2. Libatkan hubungan dua hala dengan pelanggan


Apabila korang mendapat respon daripada pelanggan di facebook page ia adalah petanda positif untuk membina kepercayaan dan mewujudkan peluang untuk jana pendapatan. Belajar bagaimana untuk cipta “Ayat Power” atau “seni pemasaran berkesan” yang mampu membuat pelanggan tak sabar-sabar untuk membeli produk korang. 

Meningkatkan kekerapan post yang berkualiti

Bila pelanggan mula gila nak like page korang, itu memberi petanda bahawa mereka mula nak kenali korang. Jadi post lah dengan lebih kerap kandungan yang relevan dan yang paling penting kandungan itu mampu menaik nafsu pelanggan untuk membaca.

Bagaimana nak tulis post yang berkualiti?
  • Korang perlu pastikan mesej yang nak disampai adalah relevan dengan bisnes korang
  • Biar seringkas mungkin tetapi mesra dan rajin-rajinkanlah memberi komen
  • Berkongsi gambar dan video kerana pelanggan lebih cenderung melihat sesuatu yang menarik
  • Beri soalan dan dapatkan respon daripada pelanggan
  • Berilah akses yang istimewa untuk pelanggan yang setia seperti bonus atau tips rahsia
  • Setiap artikel yang di post perlu tepat pada masanya. 

TIP MUSTAHAK!

Buat post kurang-kurang pun 1 @ 2 kali seminggu untuk pastikan fb kroang tu hidup dan masih relevan untuk dikunjungi.

Libatkan diri dan berbalas komen dan mesej peribadi dengan pelanggan untuk menambah kepercayaan pelanggan kepada perniagaan korang

Kalau ramai yang memberi ulasan dalam satu masa korang boleh balas komen dengan guna “tag” bukannya nak tag sesuka hati. Itu dapat jimatkan masa daripada nak balas satu persatu

Beri respon pada mesej PM (Private message) dari panel admin supaya mereka merasakan diri mereka dihargai oleh korang.

Bina hubungan baik dengan pelanggan

3. Luaskan empayar perniagaan kepada rakan Fans 


Bila ada pelanggan yang memberi respon di page bisnes korang, maka secara automatiknya rakan mereka juga boleh baca dan ketahui news feed. Jadi sistem viral ini akan dapat kembangkan lagi pelanggan korang dengan beri promosi percuma pada mereka

Apa yang perlu korang buat adalah galakkan lebih ramai orang untuk berinteraksi dengan perniagaan korang.

Pengaruh rakan-rakan juga akan dapat meningkatkan jualan perniagaan korang. Ia berlaku bila mana rakan-rakan fans korang menyokong perniagaan korang dan like sesama mereka. 

Beri diskaun atau giveaway kepada pelanggan sebagai penghargaan kepada mereka kerana membeli di page korang.

Korang boleh buat acara atau contest untuk galakkan orang ramai sertai page pernigaan korang tu. Pastikan acara atau contest yang dianjur tidak lari konsep perniagaan yang dijalankan. 

Hebahan adalah satu mesej yang dibuat secara viral oleh pengguna facebook. Mungkin korang boleh berikan bayaran insentif atau komisen seperti affiliate bagi mereka yang memperkenalkan kawan-kawan kepada page perniagaan korang. 

Harap korang faham 3 strategi berkesan berniaga di facebook. Kalau ada ilmu tapi tak amal tiada gunanya juga. 

Cubalah Teknik Facebook yang baru kerana masyarakat kini sukakan kelainan dan sesuatu yang baru. Jangan ulangi teknik yang sama sekiranya ia masih gagal.

Mengulangi kegagalan yang sama secara berulang-ulang adalah dipanggil “Kebodohan”

Note : Berita Baik! Ada satu software Viral yang terbaik untuk pemilik perniagaan facebook. Apa kata korang rujuk software Fb Viralism kerana ramai yang telah berjaya menarik like fb menggunakan software ni. Sesuai sangatlah kalau korang ada bisnes tudung, jubbah dll di facebook.. 


logoblog

Thanks for reading 3 Strategi Berkesan Berniaga Di Facebook

Previous
« Prev Post

1 ulasan:

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita