Sebenarnya korang tahu tak bahawa teknik menguruskan badan yang salah adalah jawapan utama kenapa usaha gigih tanpa mengalah korang selama ini menemui jalan buntu.
Langkah kuruskan badan dengan amalan menyekat pengambilan makanan, tak makan, atau melantak makanan yang ada kalori berlebihan menambahkan kekecewaan usaha dan niat murni korang selama ini.
Hasil pembacaan aku selama ini terhadap beberapa majalah kesihatan dapat aku rumuskan,
7 Cara diet yang sihat, cepat dan berkesan
Cara Diet 1 # Makan ketika lapar sahaja
Kalau ikutkan kata penulis buku The Real You Diet, Dr Madelyn Fernstrom, selain meneliti apa yang membuatkan kita berasa lapar, kita perlu juga tahan godaan ketika kawan sedang asyik menikmati aiskrim, burger, pizza dll yang akan membuatkan korang tak tidur lena.
Nak atasi masalah ini, mudah aje. Tetapkan peraturan korang sendiri. Langkah paling mudah dengan makan sedikit aje makanan itu dan simpan bakinya dalam bekas supaya dapat sembunyikan dari pandangan mata dan mulut.
Cara Diet 2 # WAJIB bersarapan
Tanya lah mana-mana pakar nutrisi di dunia ini, pasti sarapan adalah perkara utama yang dititikberatkan kalau ada impian nak kuruskan badan dengan cepat dan sihat.
Dari kata jurucakap American Dietetic Association, Dr Andrea Giancoli, apabila kita tak ambil sarapan maka secara tidak langsung kita akan cenderung untuk makan sesuka hati secara berlebihan untuk waktu berikutnya. Sarapan terbaik adalah dengan mengambil protein untuk mengurangkan rasa lapar.
Cara Diet 3 # Fokus terhadap makanan
Makan secara perlahan-lahan dan focus pada makanan yang sedang dikunyah. Bukan ke rasulullah dah pesan kunyah makanan itu 40 kali baru lah telan.
Dr Yudih S Beck, penulis buku Back Diet Solution menyarankan waktu makan terbaik adalah sekitar 15 minit untuk menikmati sepinggan makanan sahaja.
Cara Diet 4 # Menikmati makanan Setiap 3-4 jam
Sepatutnya makan apabila perut lapar dan berhenti sebelum kenyang seperti saranan Rasulullah SAW. Ambil makanan sihat dan sesuaikan dengan jumlah kalori yang kita akan guna seharian. Kalau kurang aktiviti luar makan itu berpada-pada sahaja.
Cara Diet 5 # WAJIB makan 25gram serat satu hari
Setiap hari perlu ada serat seperti kekacang atau bijirin. Tapi jangan berlebihan pula kerana boleh ledakkan rasa nak buang air besar. Haha.. itu sendiri mahu ingat.
Cara Diet 6 # Beli e-book Diet Atkins
Pasal ape pula ni? Apa yang menariknya? Dalam diet ini korang perlu Cara Diet Yang Sihat, Cepat Dan Berkesan tanpa perlu tinggalkan makanan kegemaran korang. Nak makan burger, Steak, Ayam goreng dll pun boleh TETAPI ada kaedah dan teknik yang betul. Bukan boleh hadap macam itu sahaja.
Tak faham boleh rujuk artikel ini - > Kenali Apa itu Diet Atkins
Cara Diet 7 # Amalkan Konsep “TAPAU”
Korang boleh pasang strategi baru dengan kongsi makanan dengan Aweks atau member serumah. Selain itu boleh juga pesan hidangan yang kecil untuk dibungkus dan bawa balik ke pejabat. Kalau nak berdiet elakkan menikmati makanan di kedai makan.
Info : Diet Atkins telah diperkenal sejak tahun 1970 lagi. Pelan diet ini mengajar pengamalnya untuk ubah cara pemakanan yang sihat dan memaksa tubuh untuk membakar lemak dengan pantas sebagai bahan tenaga utama.
Sudah selesai 7 Cara Diet Yang Sihat, Cepat Dan Berkesan.
Kalau ada hajat nak goda suami dengan body cun melecun macam Kim Kardashian boleh ikut pelan ini sebabnya dia juga pengamal Pelan Atkins dan kebanyakan artis dan top model juga mengguna pakai pelan diet ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita