Mampukah kita untuk menahan godaan makanan ketika perut mula “merayu-rayu untuk dapatkan makanan yang enak. Usah bimbang kerana masih ada kaedah lain untuk membantu kita kekal lansing tanpa perlu berlapar.
RAHSIA 1 # AMALKAN MENGAMBIL PROTIEN PADA AWAL PAGI
Protien tanpa lemak pasti akan memastikan mampu mengeyangkan perut kita lebih lama berbanding makanan lain. Namun jadual waktu pengambilannya juga perlu diberi perhatian. Berdasarkan kajian dari university Purdue, Indiana USA mendapati pengambilan protein tanpa lemak ketika bersarapan akan membuatkan kita lebih kenyang berbanding pengambilannya pada waktu lain. Saranan terbaik adalah 30g protein tanpa lemak ketika bersarapan seperti yogurt atau putih telur.
RAHSIA 2 # PASTIKAN BADAN SENTIASA BERPELUH
Senaman bukan sahaja mampu bakar lemak dengan pantas tetapi juga mampu mengurangkan pengambilan kalori. Berdasarkan kajian yang diterbit didalam jurnal American Journal of Physiology dapati Latihan Kardio Intensiti Tinggi selama tempoh 60 minit sehari mampu mengurangkan selera makan kita selama 2 jam. EH betul ke? Jom kita cuba hari ini dengan latihan yang maksimum.
Berlari daripada perlahan dan tukarkan kepada lari laju yang diulang-ulang. Lakukan dengan mengelilingi padang bermula dengan 1 pusingan dan berehat seketika sebelum meningkatkan kepada 2 pusingan.
RAHSIA 3 # NIKMATI LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)
Khasiat limau gedang di akui mampu untuk menurunkan berat badan dengan kadar pantas. Seorang yang mengambil separuh limau gedang setiap hari pada waktu makan boleh menurunkan 1.6kg dalam tempoh masa 3 bulan sahaja dan itu cukup untuk menjadikan kita kekal lansing. Limau jenis ini berasal daripada Afrika dengan isinya kemerah-merahan. Walaupun begitu terbaru ini di dalam majalah I sihat, ada satu kajian yang menyatakan bahawa pengambilan limau gedang tidak baik kerana adalah penyebab kepada Kanser. Namun tidak dapat dipastikan kesahihan fakta tersebut.
RAHSIA 4 # MENGAMALKAN MEMAKAN KENTANG
Ubi Kentang begitu digemari kanak-kanak. Menurut Seorang professor dari Jabatan Nutrisi di Universiti of Utah, Kentang adalah dalam kumpulan Karbohidrat yang mampu menghadam makanan lebih lama dan mengurangkan selera ingin makan. Cubalah amal memakan kentang panggang dan bukannya kentang goreng sebagai hidangan makan malam. Namun kelemahannya adalah membuatkan perut kita terasa kembung dan penyebab kepada masalah Kentut.
RAHSIA 5 # TIDAK SALAH MENGAMBIL SEDIKIT LEMAK
Meninggalkan terus pengambilan lemak adalah tidak baik kepada kesihatan tubuh. Namun pengambilannya tidak perlu berlebihan dan wajar diambil tidak melebihi 20% daripada jumlah kalori harian kita. Ingin mengetahui jadual pemakanan yang baik tanpa meninggalkan makanan kegemaran kita? Boleh rujuk Teknik Diet Atkins kerana terbukti teknik pemakanan ini digilai oleh ramai artis di barat.
Tahukah kalian, menghidu aroma wangian mampu untuk membantu melangsingkan badan.
Sekiranya kalian inginkan tips yang lebih mendalam bagaimana ingin kekal langsing, apa kata kalian layari portal Formula Kurus kerana pengisian panduannya lebih lengkap dan diyakini mampu untuk membantu kalian Kekal Langsing.
Rujuk pautan : Formula Kurus dengan Pelan Tindakan Bakar Lemak Pantas
ada lagi 1, blogwalking kaw2 sampai lupa makan n tido hehehehe
BalasPadam