Duduk terlalu lama SEUMPAMA menghisap merokok
Itulah yang boleh digambarkan kerana ia mampu untuk meningkatkan risiko ketidakupayaan, diabetis, penyakit jantung dan lebih parah iaitu, KANSER!! Perkara ini pasti akan terjadi walaupun korang pergi ke gym atau berjogging setiap hari. Hakikat yang perlu ditelan, duduk terlalu lama memberi impak yang negatif kepada kesihatan tubuh badan kita
Hey dude.. jangan duduk lama-lama
|
Ada ketikanya kesakitan duduk terlalu lama seumpama seperti tikaman tajam mata pisau atau rasa kebas dan sengal yang berpanjangan dan berulang-ulang. Secara zahir, mungkin kita akan menganggap masalah itu berpunca daripada kerusi atau sofa yang tidak selesa sebaliknya tanpa menyedari keadaan itu telah memberi tekanan kepada diri kita.
Cuba kita fikirkan sejenak. Berapa jam kah sehari kita habiskan masa dengan duduk? Kalau di pejabat, mungkin kita akan habiskan masa 8 jam mengadap computer untuk menjalankan rutin kerja dan itupun tidak dicampur lagi dengan tempoh masa berada di dalam kereta ketika berhadapan kesesakan ketika pulang ke pejabat. Belum ambil kira duduk di kedai kopi atau mengadap makanan di meja makan dan menonton televisyen.
Cuba renung seketika, dalam sehari, berapa jamkah kita habiskan masa dengan duduk?
Terdapat sekumpulan penyelidik daripada Australia mendapati individu yang menghabiskan masa selama 11 jam dengan duduk boleh meningkatkan risiko kematian sehingga 15 peratus.
Dan purata, individu dewasa menghabiskan 90 peratus waktu lapang mereka dengan duduk dan kurang separuh memenuhi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya melakukan aktiviti fizikal sederhana selama sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.
Kita pula, bagaimana?
Kajian terbaru mendedahkan bagi setiap dua jam kita duduk di hadapan komputer atau televisyen meningkatkan risiko kanser kolon sebanyak 8 peratus, kanser endometrial sebanyak 10 peratus dan kanser paru-paru sebanyak 6 peratus. Ia tidak dapat dijelaskan bagaimana dengan duduk terlalu lama mampu meransang pertumbuhan sel kanser namun penyelidik percaya berkemungkinan ia berkaitan dengan masalah obesiti.
Elakkan duduk terlalu lama menaip entri blog
|
Mereka yang tidak aktif atau duduk terlalu lama sehari boleh melipat gandakan lagi risiko kematian awal dalam tempoh 3 tahun berbanding mereka yang kurang duduk.
Jadi kita jangan lah terlalu malaskan diri dengan banyak duduk.
Mengikut pakar perunding sakit belakang di Pusat perubatan Pakar Sri kota Klang, Dr John Ooi Tzen Chuong, sakit belakang merupakan kesan yang selalunya dihadapi oleh mereka yang duduk terlalu lama.
Sakit belikat juga adalah antara salah satu masalah sakit belakang yang dimaksudkan.
FAKTA : Kebanyakan kes sakit belakang di Malaysia adalah berpunca daripada mereka yang bekerja duduk terlalu lama dalam tempoh seharian seperti pemandu teksi, lori dan bas. Ia melibatkan postur tubuh yang tidak betul dalam posisi duduk untuk tempoh yang lama dan akibatnya akan menimbulkan masalah sakit belakang.
Kepada korang yang menjadi majikan, untuk mendapat persekitaran kerja yang kondusif, pastikan pekerja korang diberi meja dan kerusi yang sesuai dengan ketinggian mereka ketika duduk. Ini kerana sekiranya duduk terlalu rendah, tulang belakang akan membongkok dan sekiranya terlalu tinggi pula akan menyebabkan tulang belakang menjadi tegang dan boleh membawa kepada masalah diska tergelincir.
Teruk tu..
Untuk kuruskan badan juga janganlah kita duduk terlalu lama..
Okeh dan INGAT!!
Pastikan kita melakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit dalam seminggu untuk mengekalkan nikmat kesihatan tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah.
Pastikan kita melakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit dalam seminggu untuk mengekalkan nikmat kesihatan tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah.
Saya setuju dgn pendapat Tuan...saya sebagai pemandu taxi selama 20tahun ada pengalaman kesan duduk terlalu lama . Boleh menyebabkan sakit pinggang . Posisi duduk tu penting...spon kusyen bangku tu pon kena jaga ... jika dah leper...sendi sendi kita akan terganggu..Awas boleh lumpoh yop...
BalasPadamBe carefully...
BalasPadam