Memiliki berat badan ideal adalah amat penting dan berhubung kait dengan keyakinan diri seseorang dalam satu-satu hubungan komunikasi. Apakah yang akan terjadi sekiranya tahap keyakinan itu terhalang oleh masalah berat badan yang berlebihan atau OBESITI.
Tiada jalan lain selain daripada menurunkan kadar lemak dalam badan.
Nah, jika korang masih belum menemui cara paling efektif untuk mengatasi masalah lemak berlebihan dalam tubuh badan, apa kata korang semak dahulu 7 tips untuk bakar lemak dalam tubuh berikut :
7 Tips Bakar Lemak Dalam Tubuh Dengan Cepat
Tips Bakar Lemak 1: Tetapkan Matlamat dan Azam
Ia adalah moral permulaan yang sama sekali tidak boleh ditangguhkan. Keberhasilan program kurus korang bermula daripada tekad azam dan matlamat. Tanpa matlamat segala perancangan tidak dapat dilakukan. Matlamat tersebut akan menentukan hala tuju keinginan korang untuk mendapat bentuk tubuh badan yang ideal.
Tips Bakar Lemak 2: Melakukan latihan senaman dengan mudah
Aku memahami latihan senaman adalah satu penyeksaan bagi yang tak pernah bersenam atau mengeluarkan peluh. Jangan bebankan senaman dengan pelbagai latihan dalam satu masa. Buat jadual rutin bermula dengan senaman yang mudah dan membuat penambahan senaman secara berjadual. Tubuh badan kita tidak boleh dikerah dan dipaksa 100%. Ia perlukan masa untuk menyesuaikan dengna program latihan senaman agar pembakaran lemak dalam tubuh dapat dibakar dengan sempurna.
Tips Bakar Lemak 3: Mendapatkan tidur yang berkualiti
Tidur yang berkualiti amat penting untuk kesihatan. Tidur yang tidak berkualiti akan menggalakkan keinginan korang pada makanan pada keesokannya. Digalakkan mendapatkan tidur purata 6-7 jam sehari tanpa ada sebarang gangguan. Sebelum tidur, pasangkan alunan ayat-ayat al-Quran agar korang berasa lebih tenang untuk lelapkan mata.
Tips Bakar Lemak 4: Makan dalam jumlah yang kecil
Kurangkan pengambilan makanan berbentuk manisan. Elakkan dari mengambil melebihi 600 kalori bagi satu sesi makan. Kaedah terbaik adalah membahagikan kepada 2 bahagian makanan pada satu menu yang biasa diambil. Satu menu untuk dimakan dan satu lagi disimpan untuk dimakan pada sesi berikutnya.
Tips Bakar Lemak 5: Minum air suam 8 gelas sehari
Tubuh kita memerlukan air yang banyak untuk proses pembakaran lemak. Dengan meminum air suam dan melakukan senaman olahraga adalah satu langkah bijak untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Elakkan daripada meminum air panas kerana tidak baik untuk organ badan.
Tips Bakar Lemak 6: Elakkan pengambilan lemak tepu dalam tubuh badan
Kita haruslah mengelakkan daripada mengambil lemak tepu dalam kadar yang tinggi untuk satu set makanan dan jangan abaikan lemak tepu ini kerana tubuh kita juga memerlukannya agar system badan dapat berfungsi dengan baik. Ia berpuca daripada lemak pada daging, mentega, susu keju dan pelbagai jenis makanan yang berpunca daripada sumber tenusu. Sebab itulah rasulullah SAW sentiasa berpesan agar tidak meninggalkan memakan daging dalam tempoh 40 hari dan jangan pula kita mengambil makanan daging 40 hari berturut-turut.
Tips Bakar Lemak 7: Makan pada waktunya
Walaupun ia Nampak remeh, namun jadual pemakanan yang betul dan terancang akan dapat membantu untuk membakar lemak dalam tubuh pada waktu yang tepat. Elakkan daripada mengambil makanan berat selepas jam 8 malam kerana system penghadaman kita memerlukan 2 jam untuk mencernakan makanan. Sekiranya korang lapar sangat, adalah disarankan untuk mengambil makanan buah-buahan segar dan juga sayuran segar seperti salad.
Nah! 7 tips bakar lemak dalam tubuh dengan cepat ini sesuai untuk diamalkan dan bukan hanya untuk dibaca. Tanpa amalan tips hanyalah sekadar kata-kata kosong yang tidak mempunyai sebarang nilainya. Sama-samalah kita membuat tindakan sekarang untuk memperolehi kesihatan tubuh badan yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita