Persetubuhan suami isteri adalah memberi maksud satu pelakuan en suami memecahkan dara secara lemah lembut dan bertimbang rasa dengan kerelaan si isteri kerana kesakitan ketika proses pecah dara berlaku.
Ada pelbagai panduan yang perlu dititikberatkan oleh pasangan yang sudah berkahwin agar perjalanan hubungan kelamin pada MALAM PERTAMA berakhir dengan kepuasan dan kenikmatan.
Malam pertama bagi wanita yang menjaga kesucian dirinya semasa anak dara pasti lebih bermakna kerana dapat memberikannya kepada lelaki yang dicintainya secara sah. Namun, usah bimbang untuk melayari bahtera hubungan kelamin di malam pertama. Kedua-dua pasangan suami isteri haruslah bersama-sama tahu melayani kehendak pasangannya agar malam tersebut menjadi suatu memori indah sepanjang hidup mereka.
Andai suami tidak memberi sentuhan pertama, usahlah gusar atau bimbang kerana barangkali en suami mahukan persekitaran yang selesa untuk memberi tumpuan dan melakukan kejutan yang tak disangka-sangka.
Apa persiapan diri yang perlu dilakukan menjelang malam pertama?
Rapikan diri dahulu sebelum ia bertukar menjadi igauan buruk malam pertama korang
1. Pakai wangi-wangian yang menggoda
Baik suami atau isteri yang baru mendirikan rumah tangga, perlulah melakukan perapian diri yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Ini kerana kedua-dua pasangan harus memain peranan yang baik seperti bijak menggoda dengan haruman dan usapan manja untuk membangkitkan rasa ghairah sebelum melakukan persetubuhan.
2. Melakukan aktiviti cumbu cumbuan
Bagi pasangan yang baru pertama kali melakukan hubungan kelamin pasti akan kekok dalam soal bercumbuan lebih-lebih lagi bagi wanita. Walaupun begitu, jangan KAKU seperti patung untuk melakukan adengan tersebut dikuatiri pasangan korang akan kehilangan mood. Lakukannya dengan membaca Basmallah serta doa munajat kepada Allah dan mulakan dengan kawasan hotspot di bahagian atas seperti sekitar leher dan wajahnya.
3. Jaga kebersihan diri
Kebersihan diri amat Mustahak dalam melakukan aktiviti yang penuh cabaran ini. Persediaan harus dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum melayari malam indah tersebut. Bau nafas, ketiak haruslah dielakkan kerana ia menjengkelkan pasangan. Penggunaan herba mungkin boleh membantu untuk atasi masalah tersebut seperti limau purut, serai dll.4. Bercukur
Cukurlah bulu-bulu yang tumbuh berlebihan pada tubuh korang tu. Ini bagi tujuan keselesaan pasangan korang juga. Gunakan syampu cucian untuk kemaluan yang bertujuan untuk memberi keharuman pada alat sulit. Elakkan bercukur kemaluan kerana akan akibatkan bahagian kemaluan menjadi gatal. Sebaiknya gunakan gunting untuk perapian pada bahagian sulit.
Walaupun nampak mudah, tetapi masih ada juga pasangan yang memandang enteng dan tidak mementingkan soal kebersihan diri.
Tips ini bukan hanya untuk diamalkan menjelang hubungan malam pertama sahaja tetapi untuk malam-malam berikutnya agar malam-malam tersebut sentiasa menjadi malam pertama dalam hidup korang.
Sekiranya inginkan tips yang lebih padat bagaimana untuk memuaskan nafsu en suami, apa kata korang baca dahulu portal ini untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.
Portal : Panduan Lengkap Bagaimana memuaskan nafsu en Suami
Tips Hebat.. Umpama hari- hari malam pertama
BalasPadamJom Dapatkan BP set Free Blog Giveaway Contest